FlowerFall

Saturday 13 April 2013

THE SECRET BETWEN YOU AND ALLAH :)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH :))

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)



Siapa kat sini ada rahsia sila cakap "YA" dalam hati ! hehe . Saya percaya dan yakin , semua orang ada rahsia mereka masing-masing , sama ada telah dikongsi dengan teman rapat mahupun terkunci kemas di dalam hati . Err , tapi kalau dah share dengan orang lain , masih dinamakan rahsia ke ? Eyda pun tak tahu . hihi .

Actually , semua orang ada rahsia mereka masing-masing even mereka kata "aku takde rahsia la , semua aku cerita aje kat orang" . Tapi , sedarkah kita bahawa ada satu perkara yang menjadi rahsia dan wajib dirahsiakan daripada pengetahuan siapa pun . Ia adalah AURAT . Ya . Aurat kita adalah rahsia kita . Dan ia adalah rahsia kita dengan ALLAH sahaja . Rasanya tidak perlu kot nak cerita pada orang lain . Bukan sahaja cerita , malahan tayangkan / tunjukkan pun tidak perlu . Eh , bukan tidak perlu , tapi HARAM :)





Eyda rasa terpanggil untuk menulis tentang ini kerana siang tadi terjumpa ramai yang berpakaian tetapi menutup aurat itu masih belum sempurna . Mungkin akan datang ALLAH akan beri hidayah pada mereka .

Ceritanya begini , *cewah , macam ape je dah . hihi . Siang tadi mata saya tertangkapa pada jasad seorang akak ni . Pakaian dia bermula dari bawah : SANDAL , LEGGING , T-SHIRT ,TUDUNG . Dapat bayangkan tak bagaimana situasi itu ?Bagi pendapat anda  adakah sesuai seorang wanita Islam berpakaian seperti itu ? Bagi saya , mereka-mereka yang berpakaian seperti itu bukan sahaja telah mengaibkan diri sendiri , malah telah mengaibkan semua wanita yang bertudung sempurna .

Eyda ada bertanya seorang kawan and he is a man . Eyda tanya pendapat dia tentang perempuan yang berpakaian seperti itu . Dan sungguh  lelaki mana-mana pun tidak suka perempuan berpakaian macam tu . Tidak selera katanya :D . haha . See ?

Apa yang awak nak tunjuk bila berpakaian macam tu ? Itu rahsia kita . It is our secret ! Itu maruah kita yang kita wajib jaga . Nanti jangan nak salahkan orang lelaki yang mata keranjang apabila pandang awak atas bawah lain macam aje . Kan elok kalau kita pakai pakaian yang sejuk mata memandang . Makcik-makcik pun berebut nak ambil jadi menantu . :) heeee



Ingat ye , aurat itu rahsia kita . It is a secret ! Jangan biarkan lelaki / wanita ajnabi melihatnya dulu sebelum suami/isteri dapat melihatnya . Tak seronok la macam tu . :)

Eyda tulis entri ini tidak bermakna Eyda sempurna . Mungkin diri ini juga masih banyak kelemahan . Jika ada nampak saya di mana-mana , please tegur . OK !

Jaga diri | salam sayang ,
khaledasyazwani <3


Thursday 11 April 2013

Terima Kasih Acik JPJ :))

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG .

Fuh ! Lega . Sebab Eyda dah lulus test JPJ tadi . ALHAMDULILLAH wa syukurillah .
Harini hari Khamis , bermakna hari bekerja . Eyda buat test di Akademi Memandu Sistematik , jalan nak pergi ke Kuantan tu . Bukan nak test shj Eyda buat kat sana , buat lesen L pun di sana .

Test JPJ tadi bermula dengan  ujian bukit . Tayar depan wajib kena 'line' kuning tu . *ceh , macam pakcik JPJ tgh bagi arahan :) . Pakcik JPJ yang test kami tadi saaaaangat baik . Beliau bagi kami 2 kali percubaan sebab katanya memang kalau boleh nak bagi kami semua lulus dengan jayanya . *cewah , ayat tak boleh bla . Alhamdulillah , dengan sekali percubaan saje Eyda da lepas ujian bukit . Dah lepas satu ujian . ACT , ujian bukit adalah ujian yang paling kami takut sebab probablity kereta untuk terundur sangat tinggi kalau minyak dan 'clutch' tak 'balance' . Mujur la lepas . Thank to ALLAH kerana telah permudahkan urusan .

After buat test bukit , kami perlu buat test parking yang mana Eyda paling suka . Sebab its so easy . Rasa macam main-main je . Pakcik JPJ tu pun bukan tengok sangat . Sebab dia manusia yang cuma ada sepasang mata tapi perlu melihat 2 buah kereta sekaligus . Fulamak ! hehe . And also Alhamdulillah , Eyda pass untuk parking .

Lepas tandatangan borang and ambil borang test jalan raya , debaran kian terasa . *ceh , macam ape je dah . Mengikut borang yang ada pada Eyda , laluan B yang harus Eyda gunakan nanti . Apabila turn Eyda dah sampai , memang seram sejuk . Masuk je kereta , aircond power . Bertambah sejuk la temperature Eyda . Eyda dapat JPJ perempuan . Muka agak garang la but she is OK . Bila eyda dah start jalan , tiba-tiba je makcik JPJ tu suruh Eyda tukar jalan . Eyda disuruh ikut laluan A . MasyaALLAH , dalam kepala Eyda dah set jalan B tapi tiba-tiba kena tukar jalan A . Memang ALLAH nak uji sungguh . Kepala memang dah serabut , ayat Qursi dan surah Taha menjadi peneman .

And  finally Alhamdulillah . Even Eyda dapat cukup-cukup makan (16/20) but Eyda still lulus la . Dapat pulang dengan senyuman . hihi . Of course la Eyda nak sangat lulus sebab kalau tak lulus , kena test semula . Test semula bukannya free . Ayah Eyda yang tanggung semua kos lesen Eyda , jadi memang mengharap sangat lulus . Mujur , ALLAH mengetahui kemampuan setiap makhluk-Nya .

Thank to ALLAH , ayah , uncle yang ajar drive , akak-akak and abang-abang yang bagi talk and also makcik dan pakcik JPJ yang baik hati menge'test' kami :)

FUH !

ALHAMDULILLAH :)

Tuesday 9 April 2013

Takde kerja , Cari kerja :)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Sehat tak semua pembaca entri ni ? Harapnye semua berada dalam keadaan sehat di samping family dan kawan-kawan . *ayat gilaa skema !

Penat sungguh Eyda harini . Jaga kedai dari pagi sampai petang . Dari semalam lagi dah .

''Sejak bila Cik Eyda kita ni berniaga ?''

Hah , tu diaaa . Soalan dah mai da walaupun tanya diri sendiri . HAHA . ACT , kawan Eyda ajak Eyda tolong sorang akak ni untuk jaga booth dia . Akak ni ada butik . BUTIK MANA ?? Alaaa , butik dekat Muadzam Shah . Depan Pantai Selamat , kedai atas . BUTIK SAQIRA . Mai la jenguk-jenguk :) . Ok , cukup untuk promote . hihi .

Sebenarnya ini bukan lah pengalaman pertama Eyda berniaga . Waktu sekolah2 dulu ada la jugak bukak gerai time HARI KOKO | HARI KOPERASI | HARI GURU and so on . Tapi  waktu tu peniaga dan pembeli adalah student yang mana student itu adalah kawan-kawan sendiri . hihi . Pengalaman Eyda semalam dan harini tak sama sebab jumpa macam-macam jenis orang . Orang yang desperate nak tawar harga . Alaa , macam kita main tawar2 harga dengan peniaga tu laa . Oops  lupa pulak nak bagi tau . Eyda menjual pakaian (blouse , bajukurung , jubah moden , inner) , tudung , shawl , halfmoon , handbag  purse/wallet dan brooch . So , yang datang mestila akak-akak dan makcik-makcik . Seronok dapat kenal dan layan macam-macam jenis orang ni . Baru la kita tau , bukan ada satu jenis orang je kat dunia ni . macam-macam . Dan kita sangat perlu bersabar melayan customer yang macam-macam ragam ni . SABAR ! ^_^

Selain pengalaman melayan customer , Eyda dapat pengalaman rasa bagaimana turun naik sesebuah perniagaan . *ceceh , padahal tolong niaga 2 hari je >.< . Kadang-kadang ada juga rasa macam "Eh , orang sebelah ramai la yang datang" . "Kedai kita sunyi je sekarang" . Mujur la bos kami tu sangat positive thinking . SANGAT POSITIF . :) , Good!

gambar yang di'edit' oleh bos kami ! :)


Orang kata , biar banyak pengalaman kankan . So , ada la sikit pengalaman bissness . BILA EYDA PULAK NAK BUAT BISSNESS ? >>>>>>>>Errrrr ? hehe .

Ok , jumpa lagi di entri akan datang *taktahu la bila . hehehe

Wednesday 3 April 2013

Jangan Malu Jika Cita-cita Anda Ingin Menjadi CIKGU

ASSALAMUALAIKUM AWAK YANG COMEL :)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :)



Awak awak dah besar nanti nak jadi apa ?
Awak awak yang lepasan SPM ni nak sambung belajar mana ?

Soalan yang selalu kita dengar sama ada kita yang bertanya pada orang atau orang tanya pada kita :)

Masa kecil , mungkin jawapan yang selalu kita dengar ialah "saya nak jadi polis"-"saya nak jadi nurse" - "saya nak jadi cikgu" - "saya nak jadi bomba" - "saya nak jadi pelakon" dan sebagainya.

Tapi , bagi yang lepasan SPM ni dah lain dah . Antara jawapan mereka "Saya nak sambung medic . Nak jadi doktor . Gaji besar" - "saya nak jadi lawyer . Banyak duit dapat" - "saya nak jadi akauntan la. Walaupun sibuk tapi gaji dia tinggi. Boleh jadi orang kaya" - "saya nak jadi pilot la . Boleh merantau jalan-jalan  melancong . Gaji pon besar . Kayaaaa!"

"waktu SPM kene buat betul-betul *akaun ni . Kalau tak , tak dapat jadi akauntan"
*bio , chemyst and so on.

See !??
Betapa tinggi harapan dan cita-cita budak-budak sekarang . Dan nak buat SPM betul-betul sebab takut tak dapat apa yang diimpikan . Ya , sangat betul la apa yang dilakukan tu .Cuma , harus diingat bahawa SPM bukan jaminan . Niat perlu disertakan Kerana ALLAH :)

Para ibu bapa pun kadang-kadang mempengaruhi minda si anak . Suruh si anak jadi itu , ini sebab gaji besar . Nanti boleh jadi orang kaya . Tapi , why not si ibu dan bapa cakap begini pada anak mereka : "Kakak , kakak jadilah doktor . Nanti boleh tolong orang sakit . Dapat pahala"

-tepuk dada , tanya diri sendiri :)

 GURU-CIKGU-TEACHER-MU'ALLIM-MURABBI



"Eyda , awak nak jadi apa?"....."Eyda nak jadi cikgu"......"Cikgu je ??? Kenapa tak cita-cita lebih tinggi?"

KENAPA !?? Cikgu tu cita-cita rendah ke ? Tidak sama sekali !
Saya nak tanya awak awak yang dapat 11A , 10A , 9A ni.. Awak belajar sendiri ke sampai awak jadi pandai ? Tidak kan . Awak memerlukan seorang guru untuk awak memahami pelajaran tu kan .Eyda ada meluahkan rasa sedih pada beberapa orang kawan yang sanggup mendengar . Kata-kata mereka membuatkan Eyda rasa terharu . Dan ini antara jawapan mereka :

SATU

" Eyda, jangan mcm tuhh. Sape ckp yang jadi cekgu tu cita2 rendah. Takdelahh. Kita pun belajar all things mostly form teachers, right. So, saya rase kalau jadik cekgu lah yang paling mulia. Bnyk pahala yang insyaAllah Eyda dpt. Cthnya, klau Eyda ckp kat dorang yang buat baik kat mak abah dapat pahala, then dorang behave like wht you said, Eyda dah dapat pahala, tau x? Klau tht student amal smpai ke tua, takke pahala Eyda tu banyakkkkkkkkkkk sangat??Mungkin kalau yang jadi doktor, engineer, archi, lawyer, pharma, accountant, economist tu banyakkkk sgt dosa. Mungkin. "

DUA

" tak tak.pahalaaa cikgu berterusan. die ajar anak murid die dan mungkin anak murid die pulak ajar dan ajar dan ajar..so,,ilmu tu bersebaran. putus amalan ank adam bila nyawa ditarik kcuali 3 perkara :
sedekah dan amal jariah,,ilmu yg bermanfaat dan doa anak yg soleh :) "

TIGA

" Ada sebuah kisah .... Nabi dan para sahabat berjuang mati-matian untuk menyebar kalimahNya . Mereka dicerca , dihina malah ada yang diseksa . Ada sirah aabila Nabi dibaling batu sehingga berkocaknya darah dalam sepatu baginda . Bilamana ketika perang Uhud , tertusuk besi di pipi Baginda . ALLAHUAKBAR . Kerana apa ? Ya , hanya kerana Baginda seorang mu'allim(guru) . Mu'allim buat ummah . Jadi apa yang nak diragukan jika ada yang bercita-cita menjadi seperti Baginda ? Berbanggalah dengan dirimu yang punya impian menjadi seorang mu'allim . sedangkan Nabi bersabda - hampir2 seorang guru itu menjadi rasul . Senyumlah dan katakan pada dunia - "AKU INGIN MENJADI MUALLIM! "

Jadi , menjadi seorang cikgu @ guru itu bukanlah cita-cita yang rendah . Gaji ? Pahala lagi banyak :) Masa pun lebih terluang dengan family . Tak la sesibuk mana kecuali examweek student la . So , siapa2 yang memang nak jadi cikgu , teruskan sahaja niat anda :)
Buat apa yang kita minat , bukan apa yang kita kena jadi .

*maaf kalau ada salah silap bicara :)