FlowerFall

Wednesday, 21 January 2015

Seorang Kakak Itu , Sayang .....

Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Bismillah

Allahu.

Tak tahu kenapa,
Awal-awal semester ini bagaikan tidak tentu arah.
Sekejap sibuk, sibuk dan sibuk lagi.

Oohhh!
Bukan itu yang Eyda nak cerita.
Tapi, nak cerita tentang seorang kakak yang sangat Eyda sayang.



Dia sangat penyayang,
Kasih sayangnya terhadap adik-adiknya, tidak terkira. Even dia bukan kakak sebenar Eyda pun.
Nasihatnya terasa sangat berguna.
Dia seorang pendengar yang sangat setia.
Suaranya yang halus, membuat hati berasa tenang.
Keprihatinan menjadikan Eyda bertambah sayang.

Terima kasih kakak.
Mengajar saya macam-macam,
Erti kehidupan,
Dalam meraih kejayaan,
Dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Dan,
Beliau adalah
Kak Nor Hasanasiha Binti Abu Bakar.
ILoveYou <3

#Semoga Allah Redha ^_^

Tuesday, 20 January 2015

Rasa Macam Penat.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Bismillah.

Allahu.
Baru 2 minggu lebih masuk maktab, sudah rasa kepenatannya. Semakin lama semakin banyak tugasan belajar. Apatah lagi ditambah dengan tugasan-tugasan sampingan dalam berpersatuan dan kelab-kelab. Aduh! Penat sungguh rasanya.

Lebih-lebih lagi, awal sesi ini bakal diadakan pencalonan JPP yang mana setiap tahun diadakan. Dan, ramai juga senior-senior yang menyuruh Eyda masuk. Almaklumlah, depa dah 'tua', nak cari pelapis pula. Tapi, bukan semudah ABC untuk membuat keputusan menyertai JPP. Berpandukan petunjuk-petunjuk serta nasihat-nasihat dari beberapa orang yang dipercayai, InsyaAllah Eyda bertanding. Allah! Satu lagi beban.

Tapi, bila fikir--fikir , kalau kerja yang sedikit ini sudah terasa penatnya, bagaimana nak buat kerja-kerja dakwah yang lebih maha hebat itu. Allahu.

Ya.
Keazaman, keyakinan, kepercayaan perlu sentiasa ada dalam diri.



Aku mohon pada Tuhan,
Agar doa diperkenan,
Untuk jadi wanita budiman,
Yang kuat boleh melawan.

Allah.
Allah.
Allah.

Ya Tuhan, Kau bantulah aku dalam menyempurnakan tanggungjawabku, dan berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala ujian ;)

#Semoga Allah Redha <3