FlowerFall

Wednesday 27 March 2013

Cinta Antara Kita : MARDHATILLAH :)

ASSALAMUALAIKUM AWAK AWAK YANG COMEL2 BELAKA :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)



CINTA ? Ada apa dengan cinta ? Macam-macam laa ada dengan cinta . Bila dah cinta , mesti ada rindu . Bila dah rindu , mesti nak jumpa :) But now i dont want to talk about love-love yang lelaki-perempuan tangah bercinta tu . I want to talk about 'cinta ukhuwwah' . Pernah dengar ? OK , takpe sebab memang eyda yang reka . hehe .
BERCINTA KERANA ALLAH . Orang cakap kalau kita buat ape-ape yang tak langgar syariat dan ia kerana untuk mendapat redha ALLAH , pahala akan menyusul kita :) So simple kan ?
Now , i want to start with the love yang eyda mula-mula cakap tadi . 'Saya berkawan dengan dia kerana ALLAH' . Sungguh manis persahabatan tu kan ? Setakat ni , alhamdulillah sebab ALLAH dah bagi eyda peluang untuk rasa betapa manisnya nikmat UKHUWWAH FILLAH . And now , i really miss my BFF masa di Kolej Klang dulu . You know , baru jumpa masa ambil result , sekarang eyda dah rindukan mereka ! Kawan-kawan , eyda tak tipu korang ! hehe . Awak nak tahu ape yang buat eyda rindukan mereka ? Ni yang eyda nak cerita ni . Bila dah niat 'aku berkawan dengan dia kerana ALLAH' , hubungan persahabatan tu akan terpelihara dan kekal sampai bila-bila , In shaa ALLAH :) .

Kawan-kawan ,
Eyda rindu kasih sayang antara kita ,
Di kala eyda sedih , awak turut bersedih dan bersedia bagi bahu awak pada eyda :)
Di kala eyda jatuh , awak bersedia bagi kata-kata semangat tanpa jemu :)
Di kala eyda susah , awak tak teragak-agak menghulurkan bantuan :)
Di kala eyda sibuk , awak memahami situasi eyda :)
Di kala eyda tak faham apa yang cikgu ajar , awak sanggup ketepikan kerja awak dan terus mengajar saya :)
Di kala eyda lambat nak paham , awak sentiasa sabar ajar eyda sampai eyda paham :)
Di kala eyda buntu , awak bantu selesaikan masalah eyda :)
Di kala eyda gembira , awak juga turut gembira menguntumkan senyuman :)




Kawan-kawan ,
Eyda rindu semua memori-memori kta ,
Mesyuarat kelas | tahan mengantuk dalam kelas | urut-urut masa belajar | jamuan kelas | study sama-sama bila nak exam | gelak-tawa | puasa dan berbuka sama-sama | sukan sama-sama | makan dalam kelas | membebel bila makanan kat kantin habis ^^ , dan banyak lagi yang mungkin eyda tak perasan dan tak dapat nak di'type' di sini .


Kawan-kawan ,
Eyda mintak maaf seandai sepanjang persahabatn kita :
*eyda tak jadi kawan yang baik
*eyda tak jadi penolong kelas yang baik
*eyda tiada time awak perlukan eyda
*eyda terlalu pentingkan diri sendiri
*eyda terlalu banyak menyusahkan awak semua
*dan banyak lagi salah eyda yang eyda tak perasan


 Sungguh , eyda tak mampu dan tak akan mampu lupakan semua KASIH + SAYANG + CINTA antara kita . Kejayaan yang eyda kecapi harini ini , selain cikgu-cikgu kita , tanpa awak awak semua , eyda tak rasa eyda akan dapat . Awak ada di sebalik kejayaan yang eyda ada sekarang :)

THANKYOU SAYANG :)
*semoga cinta antara kita tak pernah dan tak akan hilang <3





:UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA ILALJANNAH:



Friday 22 March 2013

::..KUN FAYAKUN ..::



ASSALAMUALAIKUM KAMU KAMU SEMUA ! :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

SEKITAR KEPUTUSAN SPM 2012 :)
 Alhamdulillah wa syukurillah , pengumuman keputusan SPM 2012 berjalan dengan lancar di sekolah masing-masing . Sekolah eyda juga syukur Alhamdulillah berjalan dengan lancar . Saya yakin dan percaya awak awak yang ambil result semalam mesti sangat berdebar gilaaa jantung kankan ? HIHI , sama la kita . Tak henti-henti jantung DUPDAPDUPDAP ! Ada ke antara awak awak yang tengok result pakai SMS ? Tak surprise la macam tuh ... hehe . tapi terpulang lah pada diri sendiri :)
Alhamdulillah keputusan SPM di sekolah saya yang terletak di Kampung Jawa *KolejKampungJawa* meningkat dari tahun sebelumnya . KAMU ?



Siapa dapat straight A+ angkat kening sekarang ! Hihi . Mabrook 'alaikum . Bagi yang takk dapat straight *tengok diri sendiri >.<  , sabarr . Allah tahu apa yang terbaik buat kita . Kan ? Semuanya pada kuasa KUN FAYAKUN . Jika Allah kata jadi , maka jadilah ia dan kita manusia a.k.a hambaNya cuma mampu terima dengan lapang dada :)  .
OK , ada yang dulu trial sangat MANTOP tapi ALLAH nak uji dia , tak dapat bagus pulakk mase SPM . Ada pulak yang trial teruk sangat , tapi ALLAH nak tolong + uji dia , ALLAH bagi result gempak . Semua tu kuasa ALLAH yang kita tak pernah jangka kan ? Kalau Allah tak bagi result yang kita nak , tu tandanya Dia nak uji tahap mana iman kita bersabar dengan dugaan yang Dia bagi tapi ramai yang terlupa nikmat keputusan yang cemerlang juga adalah ujian ALLAH pada kita untuk dilihat tahap mana kita bersyukur dengan ape yang Dia dah bagi . Dapat ?

SEMUA ORANG ADA REZEKI MASING-MASING :)

Yes ! Setiap individu berbeza mempunyai rezeki yang berbeza masing-masing . Jika bukan rezeki kita harini , mungkin esok , lusa ? Siapa tahu kan ? Perancangan Allah lebih teratur dan sistematik . Tak percaya ? Ok , tunggu masa akan datang . Wait N See ! TAPI , kita juga kena ada rasa yakin , percaya dan berbaik sangka dengan ALLAH *bak kata Ketua Batch saya di KKJ . Dan kita letak sepenuh pengharapan kita pada Allah . Dia pasti akan tolong kita .Do trust it !

OK , daripada kita mengeluh dengan apa keputusan yang kita dapat , lebih baik kita bersyukur . Kenapa ? Sebab , nak bandingkan keputusan SPM yang kita dapat , tak mampu nak dibandingkan dengan nikmat2 lain yang ALLAH dah bagi baaaaanyakk sangat . Perasan takk ? Jadi , bersyukurlah awak dan saya..hehehe..Be Thankful ok ! :)

Semua yang berlaku adalah aturanNya dan itu adalah memang yang terbaik untuk kita . Dan , itu semua adalah kuasa "KUN FAYAKUN"


MABROOK 'ALAIKUM *thumbs up !

Tuesday 19 March 2013

21 MAC : ANTARA DUA RASA

ASSALAMUALAIKUM YOU OLLS :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

21 MAC . Ya . Anda dan anda yang sedang menunggu result SPM mesti gabra bila nampak tarikh tu kan ? Siapa tak cuakk nak tahu result SPM kan kan . hihi . Jujur , saya juga tersangat gementarr tahap kritikal . Entah ape la result nye nanti .

Saya tahu , semua dah buat sehabis baik time SPM tu kan . Sekarang bukan masa nak menyesal tapi sekarang adalah masa untuk doa , tawakkal dan redha .





Siapa taknak dapat semua straight A+ kan ? Dan sudah pastinya saya juga nakkk ! :)
Tapi , dalam debaran menunggu result SPM tu , 21 Mac merupakan tarikh lahir saya . Oohhh ! Sudah pastinya saya akan tersenyum lebar bila tarikh itu semakin dekat .......tapi ........TIDAKK ! Saya sangat gabra untuk tahu result SPM tu nanti . Saya tak pasti adakah pada 21 Mac itu nanti saya akan tersenyum lebar sepertimana orang lain yang menyambut hari lahir mereka ? Saya tiada jawapan untuk itu sekarang . Dan perasaan saya pasti akan bercampur baur ketika itu .

HAPPY *birthday

PLUS

NERVOUS *SPM
 EQUAL



SPM + BIRTHDAY = NERVOUS + HAPPY = ??????

*sampai sekarang saya tak jumpa solution masalah ini....hehehe


Monday 18 March 2013

Malu Biar Bertempat , sayang :)

ASSALAMUALAIKUM U OLLSS :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

MALU !!!


Malu ? Kenapa dengan malu eh ? :
IMAN ADA BANYAK CABANG DAN MALU ADALAH SALAH SATU DARI CABANG IMAN

Yes darl , in Islam kita memang perlu ada rasa malu kerana ia sebahagian daripada iman :) TAPI malu kita itu biarlah kena pada tempatnya .
 Di Mana Malumu ?



 SITUASI 1 :
A : kalau ko jalan2 ngn mak ko , pegang tangan mak tak ?
B : Ish , ko ni . takkan la . MALU laa.

SITUASI 2 :
A : Jomla pegi surau . ada ceramah sikit malam ni.
B : Eh , seganlah aku , aku kan jarang turun surau . nanti orang cakap ape pulak . MALU laa.

SITUASI 3 :
A : ko penah g mid pakai baju kurung takk?
B : takde style la pakai baju kurung . MALU je .

SITUASI 4 :
A : Nape ko tak rapat dengan dia ? Bukan satu kelas dgn kau ke ?
B : Memang la . tapi dia tu kuat agama . aku ni apalah sangat . MALU laa nak baik dengan dia .

Mybe ada jugakk yang pernah berdepan dengan situasi macam tu sama ada sebagai A atau B . Semua berkisarkan soal MALU . Ya . Malu . Kalau kita tengok situasi2 kat atas tadi tu , Si B dah buat benda betul la kan sebab dia dah ada perasaan malu tu . Siapa setuju , angkat kening ! hehe , Tapi siapa yang rasa setuju tu cuba baca lagi sekali . Apa ? Masih tak nampak di mana silapnya ? Tak apa. OK , now kita discuss together ea . Cuba tengok alasan si B tu telah malu di tempat yang betul ? Dia telah melakukan perkara yang sangat DANGEROUS ! *err , salah eja ? abaikan ! . Si B tadi telah letak malunya di tempat yang salah .
saya hurai satu aje lah ye ,

> malu nak pegang tangan mak sebab rasa diri dah besar , rosak imej pulak ye . nak-nak kat sekolah jadi hero . hehe . tapi ingat takk , masa kita kecil , kita nangis2 kat mall , sape yang pimpin kita ? MAK . Itu bukan satu dosa , malah dapat pahala :)
situasi2 yang lain , eyda rasa korang boleh dah kot fikir sendiri . kalau ada soalan , just leave a comment yeah !
So , in conclusion *english terabur , hihi , MALU itu memang perlu sebab nanti kalau takde malu , orang cakap kita ni tak tahu malu pulakk kan ? hihi.

Jadi , MALU BIARLAH KENA PADA TEMPATNYA yea :)
SMILE !
#sumber : badar KISAS 2011

Friday 15 March 2013

Lelaki Itu Pelindung Wanita , BUKAN Perosak Wanita :)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA ENTRI .
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Kalau awak awak semua tengok tajuk kat atas tu mesti dah tau eyda nak bebel pasal ape kan ? hihi . Actually , bukan nak bebel pon tapi tibatiba terlintas nak tulis pasal ni . LELAKI PELINDUNG WANITA . Ececeh ! Bunyi macam 'gentle' aje kan . Haha .






Ya , in Islam pun memang lelaki lah ketua , lelaki lah pemimpin , lelaki lah imam , lagi ape lagi ? Haa , dan sewaktu dengannya la . Wanita a.k.a perempuan just follow you olls la . Mereka makmum , mereka pembantu dan seangkatan dengannya :) . Kalau kita tengok , dalam satu family , ketua mestila si bapa dan bapa pulakk mestila seorang lelaki kan ? Dalam satu negara , pemimpin itulah ketua dan dia juga seorang lelaki kan ? Nampak takk betapa besar dan pentingnya tanggungjawab seorang lelaki di muka bumi ni .*ceh ayat power ! hihi . 
cuba tengok zaman dulu2 , zaman para2 nabi . Yang lelaki dengan berani dan gentle pergi berperang , lawan musuh dan sebagainya . Tapi tengok la zaman sekarang , lelaki dah sangat berubah . Hanya berani pada perempuan . Perempuan ni dah la sifatnya lemah , lembut , lembik . Lelaki sekarang memang tak sama macam dulu .Tapi tak semua . Saya percaya masih ada lelaki yang baikhati kat luar tu . Kadang-kadang tak dinafikan sebab terlalu canggih dan modennya dunia sekarang adalah faktor perubahan ni kan . 
Kalau nak sentuh bab cinta-cinta pun , lelaki sangat berani dengan perempuan . Yang perempuan pulak , dah tau si lelaki tu tak berapa elok pekertinya , usahlah diteruskan hubungan . Saya teringat kata-kata UAI (Ustaz Azhar Idrus) :
"Kalau si lelaki ni jenis tak pentingkan solat , elok ditinggalkan sahaja"
 Saya percaya , semua perempuan ingin lelaki yang baik untuk teman hidup dia . Yang boleh bimbing kearah kebaikan . Tapi , tak tahulah pula kalau ada yang nak lelaki tak elok untuk dia dan keluarga dia . Korang rasa macam mana ? Huhu .
Lelaki itu pelindung wanita . Kalau adam yang baik , dia takkan ajak si hawa melakukan perkara keburukan dan dia sendiri tidak akan lakukan .
Dalam Islam , kaum wanita sangat dimuliakan . Tapi kalau tengok sekarang , seolah-olah kita telah kembali ke zaman jahiliyah . Ya . Jahiliyah Moden mungkin ? Wanita diperdagangkan , wanita dihamba-hambakan . Sedangkan wanita memerlukan seorang lelaki untuk melindungi mereka bukan merosakkan mereka .


Siapa lagi yang akan melindungi kaum hawa kalau bukan kaum adam ?
Tepuk dada , tanya iman :)
#salamJumaat

Sunday 10 March 2013

SPM oh SPM :)




 COUNTDOWN KEPUTUSAN SPM HARI INI  :

10 HARI LAGI 

#bersedia dengan keputusan dan REDHA 
#ALLAH tahu ape yg terbaik :)


Saturday 9 March 2013

Saya nak berubah jadi baik, tapi bagaimana ?



ASSALAMUALAIKUM AWAK , AWAK DAN AWAK YANG TENGAH BACA ENTRI NI :)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Tadi saya dapat panggilan telefon dari kawan baik saya . Dan dia tanya bila nak update blog lagi ? Hmm , ok la . Mujur ade idea nak tulis apa untuk entri kali ni :)
Ok , ada yang bertanya saya "Khaleda , macam mana kita nak berubah jadi baik macam orang lain ek?" , "Nak mula dari mana ye?" . Yes dear ! Saya bangga bila ada orang tanya soalan tu , sebab dia ada kesedaran nak berubah walaupun dia tak tahu nak start dari mana . Niat nak berubah pon dah ada pahalanya taw .Yes , dan saya tak nafikan juga , kadang-kadang soalan tu sering bermain di fikiran saya . Semasa saya baru berpindah ke sekolah agama ketika tingkatan4 , saya juga pernah terdetik di hati dengan soalan macam tu . Saya juga ada mintak pendapat kawan-kawan yang lebih arif tentang ilmu agama mengenai soalan ini . Dan jawapan yang saya terima berbagai-bagai . Semua orang berhak bagi pendapat kan ?
~Kita tengok pendapat pertama . Mula-mula , tengok niat . "Aku berubah kerana apa?" . Adakah kita berubah kerana orang tu atau kerana ALLAH ? . Dan yes , tak salah kalau kita jadikan orang itu sebagai contoh atau permulaan untuk kita berubah jadi baik . Saya tak nafikan mula-mula saya berniat berubah adalah sebab Aku Nak Jadi Macam Dia :) . Tapi , apabila lama kelamaan kita akan terbiasa dengan perubahan yang kita lakukan . Tak percaya ? Cuba la dulu :)



~Seterusnya , kita reflect solat . Even kita yang takde niat nak berubah pon apa salahnye reflek solat kan ? Start from wudhu' until the salaam . Ye awak . Solat dapat cegah kemungkaran . Ada pulak yang tanya "Saya dah solat tapi saya still buat kemungkaran" . Tu mungkin sebab ada something wrong pada solat kita . Maybe kita tak bg perhatian 100% masa solat . *nasihat untuk diri sendiri jugak :)
~Then , ada kawan saya berpendapat , kalau nak cuba berubah , kita try dekatkan diri kita dengan majlis2 ilmu , ceramah2 agama . Dan dekatkan diri dengan orang baik2 dan faham ilmu agama . Senang nanti nak tanya soalan pada mereka kan ? Bila kita dah dekatkan diri kita dengan persekitaran yang baik2 , automaticly kita pun akan turut serta baik macam mereka . Cubalah kalau tak percaya ! :)
~Lepas tu , kita cuba ubah penampilan kita . Labuhkan tudung menutupi dada (for the girls) , tutup aurat sebetulnya . Yang penting , jangan terlalu drastik terus pakai tudung labuh bulat . Tapi kalau anda kuat , why not cuba kan ?
~And for the last , of course la berdoa ALLAH tetapkan hati dan terus cuba untuk istiqamah . InsyaAllah , ALLAH nampak usaha kamu :)
: Bunyi macam senang kan . Takpe , ALLAH lagi tau . Biar ALLAH nampak kita ada usaha kearah itu dan moga ALLAH redha :)
SELAMAT MENCUBA !

Thursday 7 March 2013

Aku Dalam Perjalanan Itu .

ASSALAMUALAIKUM you ollss :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG .

Di satu sudut , seorang gadis merenung jauh . Entah apa yang direnungkannya . Sebuah perjalanan . Ya . Ia berkaitan sebuah perjalanan . Sebuah perjalan yang jauh . Perjalanan yang memungkinkan pelbagai perkara yang bakal berlaku . Dari lorong kejahilan , disapa oleh seorang hamba ALLAH yang ingin menariknya keluar dari situ . Hati gadis itu tersentuh . Ya . Ini yang dia mahukan , tetapi tiada siapa yang mahu menolongnya memandangkan di lorong kejahilan itu semua orang sama sepertinya . Semangat hamba ALLAH itu ingin membantunya membuatkan dia tersentuh . Ada juga orang baik2 yang nak dekatkan diri dengannya yang serba jahil itu . Dia sangat bersyukur . Setelah lama berkenalan dan tinggal bersama dengan hamba ALLAH itu selama hampir dua tahun , sudah tiba masanya untuk dia pergi . Pergi meninggalkan hamba ALLAH tersebut . Bukan kehendak dia mahu meninggalkan hamba ALLAH itu , tapi masa telah cukup . ALLAH sudah aturkan sebuah pertemuan yang cukup indah . Sangat indah dan tidak mampu diungkap dengan kata-kata . Dia cukup risau kerana sesudah mereka berpisah , tiada lagi yang selalu mengingatkannya tatkala lupa , tiada lagi amalan baik berlaku di depan mata . Ya . Dia sungguh risau .

Setelah seminggu berpisah , Alhamdulillah . Setakat ini dia masih kuat untuk tetap istiqamah dengan apa yang telah diajar oleh hamba ALLAH itu . Gadis itu memang bersungguh ingin berubah . Dia percaya dengan kata-kata yang selalu didengarinya  "sabar itu pahit kerana syurga itu indah" . Ya . Dia inginkan redha ALLAH yang sering rakan-rakannya katakan . Masa silih berganti . Jam berganti hari , hari berganti minggu , minggu berganti bulan . Dan ya . Sudah hampir 3 bulan mereka berpisah . Dan tidak dinafikan gadis itu semangat dan imannya kadang kala naik , kadang kala turun . Dia cuma mampu berdoa . "Ya Allah , bantulah aku untuk terus istiqamah dalam beribadat padaMu . Kuatkan lah aku mengharungi cabaran2 yang datang . Kau tetapkanlah hatiku ini agar sentiasa berpaut pada taliMu" .

Kadang-kadang , kita cakap memanng senang . "Alaa , berubah jelah . Buat jela amal ibadat tu hari2 . Abaikan je bisikan syaitan tu" . Tapi , apabila nak buat MasyaAllah . Bukan main payah .
Jadi , untuk sahabat2 saya yang masih kuat , bantulah kami2 yang selalu turun naik ni . Hanya satu pinta ,
ANDAI KU BANGKIT BERSEMANGAT , TERUSLAH MENDUKUNGKU . NAMUN , ANDAI KU JATUH , JANGANLAH TERUS MENGHUKUMKU . BANTULAH . ALLAH BALAS BUDI BAIK KALIAN . SESUNGGUHNYA AKU MASIH DALAM PERJALANAN ITU :)



*terbang di alam maya <3

Tuesday 5 March 2013

Anda Kolot Jika Berfikir Meminta maaf Itu Merendahkan Martabat !

ASSALAMUALAIKUM :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Pada suatu hari di food court R&R , ada seorang lelaki sedang membawa dulang yang atasnya ada segelas air . Terlalu excited agaknya , dia terlanggar seorang pakcik dan membuatkan air tersebut tumpah dan terkena pada baju pakcik tu . Lelaki tersebut 'buat muka' pada pakcik tu tanpa mengungkapkan kata maaf . Adik lelaki tersebut yang melihat kejadian itu memarahi lelaki tersebut .

Si Adik : abang , kenapa abang tak minta maaf pada pakcik tu . kesian dia .

Lelaki tu : eh , malas la abang minta maaf . dah la ramai orang . malu je . jatuhkan maruah je .

u olls see ?? minta maaf pon susah ? Boleh pula dia cakap minta maaf tu jatuh maruah la , jatuh martabat la . Eh , HELLO , kalau kita fikir macam tu , itu lagi jatuh martabat . Saya rasa saya akan tabik lah orang yang ngaku kesalahan dia . Itu maknanya dia seorang yang BERANI . Ya !! BERANI . Jangan la takut nak minta maaf . Kalau kita tak minta maaf sedangkan kita dah buat salah , lagi orang marah pada kita . Tahukah anda , orang kan kalau dia dengar perkataan "MAAF" , dia tak jadi nak marah . JAMIN ! haha . Lepas ni , awak , awak  dan awak dan saya , jangan pernah malu untuk mengungkapkan kata MAAF . Tak susah pun . :)
Ingat tu !  :)

Monday 4 March 2013

Kerana "IKATAN" Itu :)


ASSALAMUALAIKUM semua :)
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :)

Kerana 'Ikatan' Itu . Ya . Kerana 'ikatan' itu saya masih berdiri . Kerana 'ikatan' itu saya masih kuat . Dan sungguh , kerana 'ikatan' itulah terjalinnya sebuah persahabatan . Ukhuwah :) , lebih baik lagi Ukhuwah Islamiyyah ! Minda berputar mengenang memori semalam . Indahnya ! . Hakikatnya pada saat ini sudah hampir 3 bulan kami berpisah , namun itulah orang cakap , apabila bersahabat kerana Allah , 'ikatan' itu akan kami jaga sebaik mungkin . Ya . Sahabat2 saya berada di merata-rata . Ada di selangor , johor , perak , kedah , pokoknya semua negeri ada termasuklah sabah yang jauh tu haa :) Namun , atas nama Ukhuuwah kami pertahankan hubungan persahabatan ini walaupun jauh di mata tapi dekat di hati :) 
*RINDU
Saya teringat satu ketika di mana waktu itu kami masing2 dilanda 'demam' SPM . Masing2 study dengan cara tersendiri . Saya akui , saya bukanlah setanding mereka , mereka sangat hebat . Saya juga tak tahu macam mana saya boleh dapat sekolah hebat macam tu . Terasa diri ni tak layak , tapi kawan2 selalu pesan pada saya , Allah dah atur yang terbik untuk diri kita :) Ok , sambung balik cerita tadi , satu hari tu saya demam panass sangat . Tapi betapa baiknya nak kata kawan kita ni , dia sanggup jaga saya demam sambil dia tengah study . FATIMAH DOLLAH . Ya , akan ku ingat nama tu sampai bilabila . Dia izinkan saya baring di katilnya supaya dia dapat jaga saya . Dia tuam dahi saya dengan air sejuk . Sambil2 tu dia study .
Malamnya , ahli2 dorm saya ( ehem , saya merupakan ketua dorm waktu itu , hehe ) ramai2 dah bersiap sedia berkumpul untuk membaca surah al-mulk sebelum tidur . Masing2 datang kepada saya dan bertanya keadaan saya yang demam waktu tu . Jujur , melihat keikhlasan mereka yang sangat caring , saya tersentuh . Saya tak pasti adakah saya akan dapat kawan2 macam korang kat U nanti ? Dan mujur , 'ikatan' yang kami bina selama 2 tahun sahaja takkan saya lupakan . Kalian kawan TERBAIKK la !!


Prihatin SABAH :)



ASSALAMUALAIKUM , HELLO !
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Orait , now negara kita digemparkan dengan pencerobohan yang sedang berlaku di SABAH . Yes , sabah itu jauh la jugak dari semenanjung kankan , but sabah still in Malaysia dan kita pon kene jugak care tentang tu :) . Tengok berita semalam (3 MAC 2013) , setakat ini dah 7 tentera kita terkorban . Innalillahiwainnailaihirajiun (AL-FATIHAH) . Dan malam tadi saya sempat ber"SMS" dengan kawan 1 sekolah saya (NASEHAH) , bertanya tentang keadaan di sana . Kawan saya tu stay di KK , and she told me that tempat dia jauh jugak la dengan tempat yang pencerobohan tu terjadi , but pencerobohan tu dah mara ke semporna . As u olls tau yang pencerobohan tu berlaku kat Lahad Datu . Saya nak cakap lebih2 pon saya tak tau kesahihan keadaan di sana . Jadi , kita berdoa lah sama2 supaya kawan2 kita kat sana selamat .
"Ya Allah , kuat dan bantulah mereka . Berilah mereka keselamatan dan keamanan . AMIN"

Sunday 3 March 2013

ADA APA DENGAN "KANAN" ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA !

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Ceritanya begini , semalam semasa saya sedang menonton TV channel Al- Hijrah (kebetulan tertekan 114) , sedang berlangsungnya KULIAH SOLAT ZUHUR (wah ! skema ayat . bangga cikgu BM saya :) ) . Hurm , anda nak tahu kenapa kita digesa supaya mengamalkan tangan KANAN ? Haaaa , ni lah yang saya nak cerita ni . I'm sure yang u olls mesti dah tau kan yang tangan kanan tu sunnah nabi kita :) . Absolutly ! Memang tangan KANAN tu sunnah nabi .
Ada satu cerita di mana ketika itu Nabi Muhammad S.A.W sedang makan . Di sebelah kanannya adalah seorang budak bernama Ibnu Abbas yang baru berumur 5 ke 6 tahun . Dan di sebelah kiri baginda pula ada Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar (kalau x salah la) , sahabat Baginda yang sangat hebat ! Lalu Baginda berkata kepada Ibnu Abbas , "Izinkan aku untuk memberi makanan kepada orang di sebelah kiri aku" *lebih kurang macam tu la . Lalu Ibnu Abbas mengizinkan sebab Rasulullah kot .Tiada apa yang tak boleh untuk Rasulullah kankan :) .
Nampak tak ? Betapa Nabi mendahulukan kanan berbanding kiri . Ada satu riwayat *tak ingat riwayat ape , mengatakan bahawa SYAITAN MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN KIRI MANAKALA KANAN ITU SUNNAH NABI . JADI SUNNAH MANA YANG KAMU INGIN IKUT ?
Tepuk dada tanya iman :)
Jadi , itulah sebabnya Islam sangat mengutamakan kanan , pakai kasut mula dari kaki kanan , makan dengan tangan kanan , memberi / menerima sesuatu dengan tangan kanan TAPI masuk toilet kaki kiri taw . sebab ? toilet tu kan tempat syaitan , so keluar toilet kaki kanan la ! :)
Ni je la ilmu yang saya dapat kongsikan hari ini . Maybe ada yang dah tau tapi kita ni kan manusia . manusia ni mudah lupa . Jadi tak salah kan kalau saya ingatkan :)
Baca tu baca jugak , jangan lupa amalkan ye !

Friday 1 March 2013

Bulan Baru . Semangat Baru . Blog Baru :)

ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang :)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih ,

Saya selaku tuan puteri yang mutlak di blog ini (perasan) , dengan rasminya membuka blog baru dan blog "WARKAH DIRIKU" ditutup . Kenapa ? Haha , saya sendiri pun tak tau , tapi yang pasti semasa di blog lama saya lebih banyak merepek dan tiada matlamat . Walaupun saya sendiri tak tau ape matlamat blog baru ni tapi sekurang-kurangnya saya nak semangat semula menulis blog . Haha . Saya ni cakap je lebih tapi tengok lah nanti , berbulan-bulan saya tak update blog saya . tapi tu bukan masalah besar kan ? Yang penting apa yang ingin disampaikan tu sampai kepada anda anda semua . Ok , sebelum saya mula merepek lebih jauh , saya undur diri dulu lah ye :)
Jumpa lagi lain kali di entri yang lain :)

Salam Jumaat !