FlowerFall

Tuesday 21 January 2014

Ini Sahaja Yang Aku Mampu...

Bismillahirrahmanirrahim .

Seorang gadis termenung jauh .
Dalam kepala ligat berfikir kembali ape yang telah dikatakan kepada lelaki itu .
Kali ini dia nekad .
Nekad untuk berubah .
Dia tidak mampu mengubah lelaki itu bersama .
Dan dia terapaksa .
Terpaksa meninggalkan dan melepaskan lelaki itu pergi .
Mungkin bunyi macam kejam ,
Tapi dia sudah mati akal .
Tidak tahu apa yang harus dibuat lagi .
Mungkin ini .
Ini jalan terakhir yang dia ada .
Dalam tempoh itu .
Dia cuba menjadi kuat .
Kuat dan gagah .
Dia tahu dia boleh .
Dalam masa yang sama .
Berharap .
Berharap agar lelaki itu juga berubah .
Berubah ke arah yang lebih baik .
Berharap agar lelaki itu sedar .
Kerana dia sudah tidak mampu .
Sekurang-kurangnya dia cuba .
Tetap tunggu .

Dalam menjalani sehari-hari .
Doa dipanjatkan kepada Tuhan Sang Pencinta .
Melepas kerinduan .
Mengadu pada Tuhan .
Jika benar lelaki itu jodohnya .
Dekatkanlah hati-hati mereka .
'Aku mohon Ya Allah'
Itu sahaja yang mampu dia ucapkan .

Untuk lelaki itu ,
Dia berharap agar ,
Sentiasa cuba .
Cuba untuk berubah .
Janganlah mengalah .
Peluang itu sentiasa ada .
Dan ,
Jangan putus asa .
Percayalah pada Tuhan .
Jika benar jodoh itu ada .
Pasti kita tak kemana juga .



# Wallahu'alam #

Saturday 18 January 2014

Oii , saya sayang awak !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Allahumma Solli 'Ala Muhammad :)



Syukur masih diberi macam-macam nikmat harini , dari pagi tadi sampai lah sekarang .
Sedang merenung-renung mukabuku , mata asyik terpandangkan seorang lelaki ini .
Nak kata hensem , boleh laa. Kalau cakap tak hensem nanti , kepala Eyda disekehnya . Haha.

Nak tau tak siapakah gerangan lelaki tersebut ?
JengJengJeng................................

Tadaaaa!! Ni lah jejaka itu , hahaha





Nama dia Khairi Syazwan .
Dia abang saya .
Umur kami beza 1 tahun je .
Actually , kami tak macam adik-beradik pon sangat .
Why ?
Because , he's just like my friend .
Best friend .
He is my friend .
He is my brother .
He is my sister .*sister ?? pon boleh laa .. haha
He is my boss .
He is everything .
Saya sayang dia .
Walaupun dulu dia lah teman saya bergaduh .
Alaa , gaduh2 manja adik beradik.
Haha .
Dulu dia suka sangat sekeh kepala saya .
Baling2 bantal dekat saya .
Benci betul !!

Now ,
Kami dah besar .
Ececeh !
Masing2 dah faham peranan masing2 .
Dia abang saya , dan saya adik dia .
Masing2 ada sifat protect each other .

Terima kasih Along !

*Along , haritu opah cakap , kalau awak dah kahwin nanti mesti khaleda jeles sebab khaleda rapat sangat dengan awak . Haha . betul ke eh eh ???



Wallahu'alam .


Kita Bukan Hidup Seorang !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang .
Allahumma Solli 'Ala Muhammad <3

Buat hal sendiri ?
Pentingkan diri sendiri ?
Rasa diri sendiri sahaja yang betul ?
Taknak toleransi ?
Kedekut ???

Oohh TIDAK !

Akuilah satu fakta bahawa anda bukan hidup seorang diri sahaja di muka bumi ni.
Kenapa ? Yelah , di sekeliling kita ni ada manusia2 lain , tumbuh-tumbuhan lain , haiwan2 lain and whatsoeverr..

Apa yang Eyda nak bebel ni ??

Macam ni , memandangkan kita ni bukan hidup sorang2 atau senang cerita kita ni hidup bermasyarakat . Ok . Then , bila kita hidup bermasyarakat , kita perlulah saling bertolak-ansur , hormat - menghormati , mengambil berat antara satu sama lain , saling berkongsi dengan yang lain .



Kenapa kita perlu buat macam tu ?

Sebab , manusia ni ada hati dan perasaan . Maka , perlulah bagi kita untuk menjaga hati orang lain, bertolak - ansur , berkongsi and so on.......

But , the important thing is , we have to Tolong-Menolong each other .
Why ?
Sebab , lumrah kehhidupan seorang manusia memang saling memerlukan antara satu sama lain. Time orang lain susah , kita bantulah dia . Then , time kita susah pulak , pasti akan ada yang bantu kita .
 Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan Allah tunai 70 hajatnya.”

Macam tu juga dengan berkongsi. Tak kisah la kongsi apa pun , tapi contoh paling simple kongsi makanan antara kita dengan jiran sebelah rumah kita :

Katakanlah , Satu hari kita masak untuk lunch . Sehinggakan bau masakan kita itu dihidu oleh jiran sebelah . Maklum la , masakan kita tu sedap kan . *kihkihkih . So , we have to kongsi masakan kita tu kepada jiran kita tersebut . *nak cakap wajib , lupa pulak dari mana Eyda dengar tentang ni*


 Haa , tu baru contoh jiran sebelah rumah . Macam mana pulak kalau satu rumah ?? kita sibuk2 masak kat dapur *tungtangtungtang* bunyi kuali , tapi langsung tak pelawa kawan serumah kita tu makan kan. Ohoii , kedekut betul la. kihkihkih .



Kenapa kedekut sangat ? Risau makanan awak habis ? Takut awak tak kenyang ?

Tau tak ? Rasulullah tidak pernah kedekut berkongsi makanan kepada orang miskin yang kelaparan walaupun Baginda sendiri tidak cukup makan. Betapa mulianya Rasulullah kan .

Nauzubillah .
Perkara macam ni , nampak macam remeh . Tapi , sebenarnya perkara sekecil ini lah yang perlu kita jaga dan menjaga hak sesama insan . Hati manusia , kita tak boleh scan . Mulut mengukir senyuman , tetapi hati ?



Wallahu'alam .

Wednesday 15 January 2014

Ayuh Kejar Pahala Selawat !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Allahumma Solli'ala Muhammad <3

Pertengahan Bulan Januari 2014 dah ni.
Sempat lagi kot nak ucap Selamat Tahun Baru 2014.
Semoga azam kita tahun ini lebih tercapai dan lebih baik dan lebih kemenjadian dari tahun2 sebelumnya :)

Semalam , 14 Januari bersamaan 12 RabiulAwal.
Umum mengetahui bahawa 12 RabiulAwal merupakan tarikh kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W atau dikenali sebagai Maulud Nabi. Allahumma Solli 'Ala Muhammad .
Umat Islam digalakkan perbanyakkan selawat ke atas Nabi sempena Maulidurrasul ni.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.
Nampak tak betapa kita digalakkan untuk selawat.
Banyak pahala yang akan kita dapat.
Lagipun , di akhirat nanti , kita sangat perlukan syafaat Nabi S.A.W.
Pahala kita pun , belum tentu lagi banyak.
Jadi , mudah-mudahan dengan selawat yang selalu kita baca , dapat membantu kita di akhirat nanti ye.

Selain itu kan , selawat ke atas Nabi boleh menjadikan kita tenang dan tenteram apabila kita sedang kesusahan.
Dan juga apabila kita terlupa sesuatu , contohnya blank nak jawab exam di dalam dewan peperiksaan, insyaAllah selawat boleh membantu kita ingat apa yang kita terlupa.
Kita pun kena la yakin dengan kekuasaan Allah yang membantu dan memberi keizinan kepada kita untuk perkara itu terjadi :)

Semoga kita sama2 mengambil peluang yang Allah beri dengan sebaiknya :)
# Semoga Allah Redha :)