FlowerFall

Wednesday 26 March 2014

:::...MH370...:::


Allahumma Solli 'Ala Muhammad :')

BISMILLAH.



MH370
Kemana kamu pergi
Sedang terbang di awan tinggi
Hilangnya radar terus menyepi
Risau sudah terbit dihati
Tiada kudrat dalam diri
Semua berdoa pada Ilahi
Agar petunjuk dapat diberi.

MH370
Kemana kamu pergi
Kepulanganmu sentiasa dinanti
Walau beribu spekulasi
Entah apa rintangan yang kalian dihadapi
Kita semua tidak pasti
Tahu,
Itulah rencana Ilahi.

MH370
Kemana kamu pergi
Ahli keluargamu menanti
Tetap berharap walau tidak pasti
Sang suami, sang isteri menangisi
Si anak merindui
Si ibu meratapi.

MH370
Kemana kamu pergi
Pelbagai cabaran yang dihadapi
Dalam usaha kami mencari
Melawan arus Lautan Hindi
Tidak mahu musnahkan harapan yang menanti
Agar kau ditemui
Namun percaya takdir Ilahi
Ada hikmah apa yang terjadi.

MH370
Kemana kamu pergi
Kehilanganmu ditangisi
Masing-masing tunduk sujud pada Ilahi
Sambil mencari hikmah yang Engkau beri
Sabarlah dengan dugaan yang kita hadapi
Tapi aku yakin dan pasti
Ada bahagia yang akan menanti.



#MH370 <3
#Rabu/3.30pm/260314
# Di sebalik kesusahan ada kesenangan #






Thursday 20 March 2014

Diskriminasi ? Kenapa ?

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad
بسم الله الرحمن الرحيم

Allahu .
Sayu dan sedih .
Ya . Itulah yang dirasa saat diskriminasi berlaku. Tak kira berlaku kat mana , siapa , bila dan bagaimana sekalipun . Tetap terasa . Bukan rasa apa , rasa macam dipinggirkan .

Rasanya amalan diskriminasi ni memang tak sepatutnya berlaku . Tak kira sama ada dengan kawan-kawan, dalam keluarga atau sebagainya . Rasanya tak perlu kot nak compare seseorang tu dengan orang lain hingga melayan mereka berbeza dengan orang-orang yang lain. Mungkin kita tak rasa sebab bukan kita yang kena.

Cuba kita letak diri kita ke dalam kasut mereka. Sedih tau??
Kenapa perlu diskriminasi ? Kalau  mereka salah, tegur secara berhikmah. Bukan kondem mereka dengan cara itu. Tu bukan cara yang baik untuk menegur orang. Rasanya, cara tu akan lebih mendatangkan pelbagai lagi masalah lain ;)

Ayuh !
Hapuskan DISKRIMINASI !



Thursday 13 March 2014

UJIAN ITU . . .

BISMILLAH .
ALLAHU.



Ujian itu
Tidak pernah aku pinta
Ia datang tiba-tiba
Mungkin saat aku leka dan alpa
Dia mahu aku kembali padaNya

Ujian itu
Berat seperti yang tidak aku sangka
Namun tidak mengapa
Tuhan tahu aku mampu memikulnya
Aku cuba buat seperti tiada apa
Walaupun aku kuat tak seberapa

Ujian itu
Tidak seberat nabi terdahulu
Berjuang sehabis mereka mahu
Sedangkan aku
Terima ujian selalu kaku
Alasan keluhan sering hinggap di bibirku

Ujian itu
Mengajar aku erti kekuatan
Mengajar aku erti kesabaran
Mengajar aku erti kepasrahan
Mengajar aku erti keredhaan .

Ujian itu
Membuat aku tahu
Allah sayangkan aku :')




-130314/10.50pm-