FlowerFall

Thursday 13 March 2014

UJIAN ITU . . .

BISMILLAH .
ALLAHU.



Ujian itu
Tidak pernah aku pinta
Ia datang tiba-tiba
Mungkin saat aku leka dan alpa
Dia mahu aku kembali padaNya

Ujian itu
Berat seperti yang tidak aku sangka
Namun tidak mengapa
Tuhan tahu aku mampu memikulnya
Aku cuba buat seperti tiada apa
Walaupun aku kuat tak seberapa

Ujian itu
Tidak seberat nabi terdahulu
Berjuang sehabis mereka mahu
Sedangkan aku
Terima ujian selalu kaku
Alasan keluhan sering hinggap di bibirku

Ujian itu
Mengajar aku erti kekuatan
Mengajar aku erti kesabaran
Mengajar aku erti kepasrahan
Mengajar aku erti keredhaan .

Ujian itu
Membuat aku tahu
Allah sayangkan aku :')




-130314/10.50pm-

No comments:

Post a Comment