FlowerFall

Friday, 24 October 2014

Calon Suami? LaLaLaLaLaLa. . . . .

Bismillah.

Suami?
Kenapa Suami?
Kenapa dengan tajuk entry harini?
Khaleda nak kawen?
Biar betul?
Muda lagi kot?
Baru 19 kan?



*HAHAHAHAHA

Masa sekolah-sekolah dulu, boleh la cinta-cinta monyet bagai. Umur macam ni, takde dah istilah cinta monyet ke, beruk ke, gorilla ke hape ke. Ini masa untuk serius! *serius benar kau nyah!

Yes!
Ini masa untuk serius.
Semua orang nak suami yang baik. Yang soleh. Yang penyayang. Yang kaki masjid. Yang macam-macam lagi yang baik-baik. Yelaa kan. Siapa la nak yang jahat-jahat. Kita pun nak yang baik jugak. Spesifik sikit calon suami idaman wanita :

1# AGAMA (soleh)
     Ofkos yang ni paling utama. Yelaa kan, dia mestilah mampu bimbing dan didik kita dan juga anak-anak kita nanti. *cewah

2# PENYAYANG
     Haaaaa! Yang ni penting. Untuk mengekalkan sesebuah rumahtangga. Tapi, hati ni kadang-kadang boleh berubah juga. Jadi, kita doa banyak-banyak kat Allah ;)

3# RESPECTFUL
     The man who respect to his mother, they will respect you too <3

4# PANDAI MEMUJUK
     Kaum adam sekalian, korang tau jela, spieses kami ni memang kuat merajuk. Sikit-sikit merajuk. Tak teman pegi shopping, merajuk. Tak teman tengok tv, merajuk. MERAJUK. Sabar ye kaum adam memujuk spieses-spieses kami ni :)

5# MENGHARGAI
     Kaum-kaum wanita ni memangg suka kalau korang yang kaum adam ni hargai apa adanya yang diorang punya. Kalau lelaki menghargai seseorang perempuan, mereka akan sayangg korang lebih lebih lebih lagiii :)

6# PANDAI AMBIL HATI IBU BAPA
     Penting untuk anda supaya mengambil hati parents diorang. Yelaa kan, nak amik anak dia, kena la amik hati ayah dengan mama dia :)

7# SHOW YOUR LOVE
     Jangan salah faham. Kita bukan nak ajar orang bercouple ke, bercinta ke ape ke. Maksud yang ini adalah SHOW YOUR LOVE TO THEIR FATHER. Yess! Beranikan diri untuk berjumpa ayahmama dia untuk menyatakan hasrat anda untuk mengambil anak mereka sebagai isteri====''''

So, yang dah bersedia tu, jangan tunggu lama-lama.
Benda baik, percepatkan !
Sama-sama kita doakan untuk yang terbaik :)

Ayahmama, ceq nak kawen bole? *kehkehkeh

# May Allah Bless us ;)
# MFB---''

No comments:

Post a Comment