FlowerFall

Friday 31 October 2014

Perampas?? >>Allah sebaik-baik perancang ----

Bismillah.
Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad.

Allahu.
Sukar memulakan entri kali ini.



Aku ada seorang kakak yang sangat aku sayang.
Dan, adik-beradik aku juga sayang akan kakak ini.
Tiba-tiba, kami dapat berita yang beliau akan menamatkan zaman bujangnya, hujung tahun ini. InsyaAllah.
Tidak dinafikan, aku sangat happy dengan berita ini.
Adik-beradik aku pun.
Kakak nak kawen, gila tak happy??
Kami sama-sama tak sabar menunggu tarikh tu.

Tapi...............
Dalam masa yang sama,
Kami sedih.
Sedih kerana kasih sayang beliau terhadap kami mungkin akan berkurang :(
Lepas ni, beliau akan berkeluarga.
Ada suami, anak-anak.
Siapalah kami nanti :(
Lagi-lagi kami kenal akan bakal suaminya tu.
Tak sukaaa!!
Bukan tak suka bakal suami dia,
Cuma, rasa seolah-olah kakak kami dirampas.
Dirampas oleh seseorang yang sangat kami kenal.

Namun,
Ini semua rencana Ilahi.
Dia lebih tahu apa yang terbaik.
Dan,
Ini mungkin yang terbaik buat kakak kami.

--Semoga kalian bahagia hingga ke JannahNya :')

No comments:

Post a Comment