FlowerFall

Tuesday 16 December 2014

Cinta Jarak Jauh. Aduhai........

Bismillah.

Cuaca harini sangat best untuk menidurkan diri. It's raining yoo!
Ahh, sudah lama rasanya menyepikan diri.
Hari ini, rindu nak menaip dan berkongsi cerita.

------
PJJ?
Percintaan Jarak Jauh.
Hailaaaa, susah bak hangg!
kita di sini, dia di sana.



***Di bawah ada beberapa tips untuk menjaga hubungan jarak jauh yang boleh dipraktikkan. *Ececeh, jiwang-jiwang la pulak harini kann ^_^

#1 Berdoa Agar Kekal Bahagia

Berdoa adalah perkara yang paling utama sekali. Doa juga dikira sebagai salah satu usaha kita. Berdoa memohon kepada Allah agar dihindari dari perkara-perkara yang boleh merosakkan rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga, bisikan syaitan dan sebagainya. Lazimnya, apabila pasangan tinggal berjauhan, maka tidak mustahil akan wujudnya anasir-anasir luar menghasut supaya meninggalkan pasangan mereka. Ingat, kita perlu rajin berdoa dan tabah...


#2 Berhubung Secara Kerap

Rajinkan diri kita untuk bertanyakan khabar kepada pasangan setiap hari. Jangan sesekali kita lupa untuk menghubunginya setiap hari tidak kira sama ada SMS, Call, WhatApp dan sebagainya. Pada hari ini pelbagai medium teknologi telah disediakan. Kita hanya perlu guna dengan sebaiknya. Tidak ada alasan untuk kita tidak menghubungi pasangan. Sekurang-kurangnya, ucapkanlah selamat pagi, dan selamat malam kepada pasangan kita secara bergilir-gilir....


#3 Mengadakan Pertemuan

Sama ada isteri mahupun suami, kedua-duanya perlu berbincang sepakat untuk mengadakan pertemuan. Jika suami tinggal jauh hanya 100-200 KM dari tempat tinggal isteri, mungkin boleh mengadakan pertemuan setiap hujung minggu. Jika tidak, tetapkanlah sama ada dua minggu sekali mahupun sebulan sekali.....

Jika terlalu jauh seperti di antara semenanjung dan Sabah Sarawak, pasangan perlu akur bahawa pertemuan secara kerap memang agak sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi ia melibatkan kos yang tinggi....


#4 Jujur Terhadap Pasangan

Antara kunci kebahagian adalah jujur terhadap pasangan. Jika tidak jujur, bagaimana kita mahu menjadikan hubungan itu dihindari dari tipu muslihat. Jika si isteri mahu keluar ke mana-mana, maklumkan pada suami agar dirinya tahu lokasi anda. Setiap pasangan jangan sesekali keluar berdua dengan orang lain yang berlainan jantina. Jujurlah dengan pasangan anda. Ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah, ia juga juga boleh mengundang cerita-cerita kurang enak. Lagi bahaya jika cerita itu sampai ke telinga pasangan. Boleh berperang nanti....


#5 Menyambut Ulang Tahun Bersama

Jangan sesekali kita lupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan. Jika kita lupa, ia sedikit sebanyak boleh merosakkan hubungan. Tambahan pula, pasangan akan mula berprangka tidak baik terhadap kita. Maka, sambutlah ulang tahun bersama dan usahakan diadakan dalam suasana yang kondusif. Tidak perlu pergi ke tempat yang mewah, sudah memadai anda berada bersamanya dan berikan hadiah serta ucapkan ucapan sayang kepadanya...

#####Sumber di sini

**Semoga bercinta sampai sorga <3
**MFB

1 comment:

  1. Nice blog:) Sila lah jenguk @ fadzelsbaby.blogspot.com

    ReplyDelete