FlowerFall

Friday, 15 March 2013

Lelaki Itu Pelindung Wanita , BUKAN Perosak Wanita :)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA ENTRI .
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Kalau awak awak semua tengok tajuk kat atas tu mesti dah tau eyda nak bebel pasal ape kan ? hihi . Actually , bukan nak bebel pon tapi tibatiba terlintas nak tulis pasal ni . LELAKI PELINDUNG WANITA . Ececeh ! Bunyi macam 'gentle' aje kan . Haha .






Ya , in Islam pun memang lelaki lah ketua , lelaki lah pemimpin , lelaki lah imam , lagi ape lagi ? Haa , dan sewaktu dengannya la . Wanita a.k.a perempuan just follow you olls la . Mereka makmum , mereka pembantu dan seangkatan dengannya :) . Kalau kita tengok , dalam satu family , ketua mestila si bapa dan bapa pulakk mestila seorang lelaki kan ? Dalam satu negara , pemimpin itulah ketua dan dia juga seorang lelaki kan ? Nampak takk betapa besar dan pentingnya tanggungjawab seorang lelaki di muka bumi ni .*ceh ayat power ! hihi . 
cuba tengok zaman dulu2 , zaman para2 nabi . Yang lelaki dengan berani dan gentle pergi berperang , lawan musuh dan sebagainya . Tapi tengok la zaman sekarang , lelaki dah sangat berubah . Hanya berani pada perempuan . Perempuan ni dah la sifatnya lemah , lembut , lembik . Lelaki sekarang memang tak sama macam dulu .Tapi tak semua . Saya percaya masih ada lelaki yang baikhati kat luar tu . Kadang-kadang tak dinafikan sebab terlalu canggih dan modennya dunia sekarang adalah faktor perubahan ni kan . 
Kalau nak sentuh bab cinta-cinta pun , lelaki sangat berani dengan perempuan . Yang perempuan pulak , dah tau si lelaki tu tak berapa elok pekertinya , usahlah diteruskan hubungan . Saya teringat kata-kata UAI (Ustaz Azhar Idrus) :
"Kalau si lelaki ni jenis tak pentingkan solat , elok ditinggalkan sahaja"
 Saya percaya , semua perempuan ingin lelaki yang baik untuk teman hidup dia . Yang boleh bimbing kearah kebaikan . Tapi , tak tahulah pula kalau ada yang nak lelaki tak elok untuk dia dan keluarga dia . Korang rasa macam mana ? Huhu .
Lelaki itu pelindung wanita . Kalau adam yang baik , dia takkan ajak si hawa melakukan perkara keburukan dan dia sendiri tidak akan lakukan .
Dalam Islam , kaum wanita sangat dimuliakan . Tapi kalau tengok sekarang , seolah-olah kita telah kembali ke zaman jahiliyah . Ya . Jahiliyah Moden mungkin ? Wanita diperdagangkan , wanita dihamba-hambakan . Sedangkan wanita memerlukan seorang lelaki untuk melindungi mereka bukan merosakkan mereka .


Siapa lagi yang akan melindungi kaum hawa kalau bukan kaum adam ?
Tepuk dada , tanya iman :)
#salamJumaat

2 comments:

  1. True .

    Lelaki pelindung wanita .

    Oh oh,
    dan wanita pula jgn jadi pemusnah lelaki .

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes . i'm agree wif ur statement :)
      sama2 menjaga , insyaAllah semua OK ! hehe :)

      Delete