FlowerFall

Saturday 9 March 2013

Saya nak berubah jadi baik, tapi bagaimana ?



ASSALAMUALAIKUM AWAK , AWAK DAN AWAK YANG TENGAH BACA ENTRI NI :)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Tadi saya dapat panggilan telefon dari kawan baik saya . Dan dia tanya bila nak update blog lagi ? Hmm , ok la . Mujur ade idea nak tulis apa untuk entri kali ni :)
Ok , ada yang bertanya saya "Khaleda , macam mana kita nak berubah jadi baik macam orang lain ek?" , "Nak mula dari mana ye?" . Yes dear ! Saya bangga bila ada orang tanya soalan tu , sebab dia ada kesedaran nak berubah walaupun dia tak tahu nak start dari mana . Niat nak berubah pon dah ada pahalanya taw .Yes , dan saya tak nafikan juga , kadang-kadang soalan tu sering bermain di fikiran saya . Semasa saya baru berpindah ke sekolah agama ketika tingkatan4 , saya juga pernah terdetik di hati dengan soalan macam tu . Saya juga ada mintak pendapat kawan-kawan yang lebih arif tentang ilmu agama mengenai soalan ini . Dan jawapan yang saya terima berbagai-bagai . Semua orang berhak bagi pendapat kan ?
~Kita tengok pendapat pertama . Mula-mula , tengok niat . "Aku berubah kerana apa?" . Adakah kita berubah kerana orang tu atau kerana ALLAH ? . Dan yes , tak salah kalau kita jadikan orang itu sebagai contoh atau permulaan untuk kita berubah jadi baik . Saya tak nafikan mula-mula saya berniat berubah adalah sebab Aku Nak Jadi Macam Dia :) . Tapi , apabila lama kelamaan kita akan terbiasa dengan perubahan yang kita lakukan . Tak percaya ? Cuba la dulu :)



~Seterusnya , kita reflect solat . Even kita yang takde niat nak berubah pon apa salahnye reflek solat kan ? Start from wudhu' until the salaam . Ye awak . Solat dapat cegah kemungkaran . Ada pulak yang tanya "Saya dah solat tapi saya still buat kemungkaran" . Tu mungkin sebab ada something wrong pada solat kita . Maybe kita tak bg perhatian 100% masa solat . *nasihat untuk diri sendiri jugak :)
~Then , ada kawan saya berpendapat , kalau nak cuba berubah , kita try dekatkan diri kita dengan majlis2 ilmu , ceramah2 agama . Dan dekatkan diri dengan orang baik2 dan faham ilmu agama . Senang nanti nak tanya soalan pada mereka kan ? Bila kita dah dekatkan diri kita dengan persekitaran yang baik2 , automaticly kita pun akan turut serta baik macam mereka . Cubalah kalau tak percaya ! :)
~Lepas tu , kita cuba ubah penampilan kita . Labuhkan tudung menutupi dada (for the girls) , tutup aurat sebetulnya . Yang penting , jangan terlalu drastik terus pakai tudung labuh bulat . Tapi kalau anda kuat , why not cuba kan ?
~And for the last , of course la berdoa ALLAH tetapkan hati dan terus cuba untuk istiqamah . InsyaAllah , ALLAH nampak usaha kamu :)
: Bunyi macam senang kan . Takpe , ALLAH lagi tau . Biar ALLAH nampak kita ada usaha kearah itu dan moga ALLAH redha :)
SELAMAT MENCUBA !

No comments:

Post a Comment