FlowerFall

Wednesday 15 January 2014

Ayuh Kejar Pahala Selawat !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Allahumma Solli'ala Muhammad <3

Pertengahan Bulan Januari 2014 dah ni.
Sempat lagi kot nak ucap Selamat Tahun Baru 2014.
Semoga azam kita tahun ini lebih tercapai dan lebih baik dan lebih kemenjadian dari tahun2 sebelumnya :)

Semalam , 14 Januari bersamaan 12 RabiulAwal.
Umum mengetahui bahawa 12 RabiulAwal merupakan tarikh kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W atau dikenali sebagai Maulud Nabi. Allahumma Solli 'Ala Muhammad .
Umat Islam digalakkan perbanyakkan selawat ke atas Nabi sempena Maulidurrasul ni.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.
Nampak tak betapa kita digalakkan untuk selawat.
Banyak pahala yang akan kita dapat.
Lagipun , di akhirat nanti , kita sangat perlukan syafaat Nabi S.A.W.
Pahala kita pun , belum tentu lagi banyak.
Jadi , mudah-mudahan dengan selawat yang selalu kita baca , dapat membantu kita di akhirat nanti ye.

Selain itu kan , selawat ke atas Nabi boleh menjadikan kita tenang dan tenteram apabila kita sedang kesusahan.
Dan juga apabila kita terlupa sesuatu , contohnya blank nak jawab exam di dalam dewan peperiksaan, insyaAllah selawat boleh membantu kita ingat apa yang kita terlupa.
Kita pun kena la yakin dengan kekuasaan Allah yang membantu dan memberi keizinan kepada kita untuk perkara itu terjadi :)

Semoga kita sama2 mengambil peluang yang Allah beri dengan sebaiknya :)
# Semoga Allah Redha :)

No comments:

Post a Comment