FlowerFall

Saturday 18 January 2014

Kita Bukan Hidup Seorang !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang .
Allahumma Solli 'Ala Muhammad <3

Buat hal sendiri ?
Pentingkan diri sendiri ?
Rasa diri sendiri sahaja yang betul ?
Taknak toleransi ?
Kedekut ???

Oohh TIDAK !

Akuilah satu fakta bahawa anda bukan hidup seorang diri sahaja di muka bumi ni.
Kenapa ? Yelah , di sekeliling kita ni ada manusia2 lain , tumbuh-tumbuhan lain , haiwan2 lain and whatsoeverr..

Apa yang Eyda nak bebel ni ??

Macam ni , memandangkan kita ni bukan hidup sorang2 atau senang cerita kita ni hidup bermasyarakat . Ok . Then , bila kita hidup bermasyarakat , kita perlulah saling bertolak-ansur , hormat - menghormati , mengambil berat antara satu sama lain , saling berkongsi dengan yang lain .



Kenapa kita perlu buat macam tu ?

Sebab , manusia ni ada hati dan perasaan . Maka , perlulah bagi kita untuk menjaga hati orang lain, bertolak - ansur , berkongsi and so on.......

But , the important thing is , we have to Tolong-Menolong each other .
Why ?
Sebab , lumrah kehhidupan seorang manusia memang saling memerlukan antara satu sama lain. Time orang lain susah , kita bantulah dia . Then , time kita susah pulak , pasti akan ada yang bantu kita .
 Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan Allah tunai 70 hajatnya.”

Macam tu juga dengan berkongsi. Tak kisah la kongsi apa pun , tapi contoh paling simple kongsi makanan antara kita dengan jiran sebelah rumah kita :

Katakanlah , Satu hari kita masak untuk lunch . Sehinggakan bau masakan kita itu dihidu oleh jiran sebelah . Maklum la , masakan kita tu sedap kan . *kihkihkih . So , we have to kongsi masakan kita tu kepada jiran kita tersebut . *nak cakap wajib , lupa pulak dari mana Eyda dengar tentang ni*


 Haa , tu baru contoh jiran sebelah rumah . Macam mana pulak kalau satu rumah ?? kita sibuk2 masak kat dapur *tungtangtungtang* bunyi kuali , tapi langsung tak pelawa kawan serumah kita tu makan kan. Ohoii , kedekut betul la. kihkihkih .



Kenapa kedekut sangat ? Risau makanan awak habis ? Takut awak tak kenyang ?

Tau tak ? Rasulullah tidak pernah kedekut berkongsi makanan kepada orang miskin yang kelaparan walaupun Baginda sendiri tidak cukup makan. Betapa mulianya Rasulullah kan .

Nauzubillah .
Perkara macam ni , nampak macam remeh . Tapi , sebenarnya perkara sekecil ini lah yang perlu kita jaga dan menjaga hak sesama insan . Hati manusia , kita tak boleh scan . Mulut mengukir senyuman , tetapi hati ?



Wallahu'alam .

No comments:

Post a Comment