Allahumma Solli 'Ala Muhammad .
ALLAHU .
Mengajar . Mendidik . Mentarbiyah .
Bukan satu benda yang mudah .
Banyak cabaran yang terbentang depan mata .
Kesabaran dan kesungguhan perlu selari mengikut semasa .
Rata-rata masyarakat lain memandang tugas atau kerjaya guru ini satu kerjaya yang sangat mudah . Yela , berdiri depan murid , and just ajar murid-murid apa yang ada dalam buku teks .
Dengar macam mudah kan !?
Harini Eyda berpeluang mengikut satu program Kem Bestari Solat di SK Tanjong Mas , Kelantan sebagai fasilitator. This is my first experience mengajar budak-budak sekolah. Program sebelum ini yang Eyda pergi adalah sebagai fasi di Kem Kepimpinan.
Sesungguhnya kedua-dua pengalaman itu sangat berbeza. Maklum la , KBS tu kita kena ajar budak which is agak penat kalau budak-budak banyak tanya and tak faham . Berbeza dengan Kem Kepimpinan. Kita just guide budak-budak tu je , and diorang yang buat modul-modul yang disediakan.
Mengajar .
Baru ku tahu .
Betapa penatnya seorang guru .
Berdiri di depan dengan ilmu .
Mempunyai harapan yang satu .
Agar muridnya bisa tahu .
Seriously, memang kesabaran tu perlu tinggi .
Budak-budak kan . Biasa la... Kawan-kawan Eyda yang jadi fasi sekali ni pun cakap benda yang sama. Tapi takpe . At least kita ada pengalaman :)
Pengalaman bagaimana nak handle budak-budak ;)
NI ANTARA GAMBAR-GAMBAR KEM BESTARI SOLAT DI TANJONG MAS :
Pertandingan membaca doa Qunut |
Bersama-sama pelajar perempuan |
Saya Bangga Menjadi GURU ! |
Modul 1 |
Motivasi oleh senior semester 7 |
SK Kem Terbaekk !! |
# Semoga Khaleda terus kuat di dalam bidang ini .
# Moga ALLAH redha :)
No comments:
Post a Comment