FlowerFall

Sunday 6 July 2014

Adakah Kita Menjadi Punca !??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG .
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD

ALLAHU.

Perasaan kasih dan sayang itu fitrah. Fitrah yang ada dalam diri tiap-tiap makhluk yang bernama manusia. Perasaan suka kepada berlainan jantina itu pasti wujud. Cuma, adakah masa itu sesuai ?

Suka untuk saya berkongsi mengenai salah sebuah sekolah agama di Klang Selangor. Betapa bagusnya didikan dan betapa menjaga pergaulan antara pelajar-pelajar di sana, sehinggakan pelajar perempuan dilarang mennyebut nama lelaki dan begitu juga sebaliknya. Habis nak panggil macam mana ?? Gelaran MUSLIMAT diberi kepada pelajar perempuan manakala gelaran MUSLIMIN diberi kepada pelajar lelaki. Jika ditanya kepada pelajar-pelajar di sana, apakah alasan mereka berbuat demikian? Salah ke sebut nama sahabat berlainan jantina? Jawapan mereka :
"Kerana hati ini bersifat berubah-ubah. Bayangkan jika kita sebagai muslimat, sering menyebut nama-nama yang berlainan jantina, tidakkah nama mereka akan terpahat dalam hati kita ? Bahkan, wajah mereka juga mungkin akan terbayang-bayang ? "
Ini mungkin salah satu langkah kecil untuk mengelakkan diri sendiri daripada masalah hati.

Saya melihat remaja-remaja sekarang (saya juga mungkin tidak terkecuali), sering mengenakan rakan-rakan mereka dengan mem'pasang-pasang'kan dengan lelaki/perempuan lain.
contoh situasi :
"Eh Siti, kau dengan Ali sama baju la harini. Korang dah janji eh...sepadan lah korang ni"
ATAU
"Monah, aku tengok kau dengan Mamat tu sesuai sangat. Kau cantik, Mamat hensem. Sesuai la tu. Boleh kawin la korang ni"
DAN, jawapan mereka yang dikenakan tu selalunya berbunyi begini:

"Ish, kau ni. Ada-ada je taw. Aku tak suka la kat dia"
ATAU
"Ewah-ewah. Aku benci la dia. Jangan ejek aku dengan dia. Tak suka."

Mungkin pihak yang mengenakan itu tidak ada niat apa-apa, mungkin sekadar gurauan kawan-kawan. Dan, mungkin juga pihak yang terkena itu pada mulanya tidak suka diejek-ejek sebegitu. Tapi yakinkah kita dia tiada perasaan terhadap lelaki/perempuan yang kita ejekkan tu ?

Saya yakin dan pasti, bila dah lama-lama kita asyik dok ejek dia dengan lelaki/perempuan tu, mungkin kalau bukan 100%, perasaan suka tu tetap ada, 0.999999%. Mungkin!?

Kita tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku. Dalam hati, kita tak tahu.

Janganlah disebabkan kita, kawan kita yang sedang berusaha menjaga hati dia, tergelincir juga. Kesian pada dia yang sedang cuba menjaga hati dan pergaulan, tapi terjatuh hati pada masa yang salah gara-gara kita. Berdosa kita tahu!?

Sama-samalah kita menjaga hati kita dan hati sahabat-sahabat kita supaya sentiasa ingat kepada Allah, dan bukan perkara yang remeh-temeh seperti itu. Saya juga mohon berjuta kemaafan kepada sesiapa sahaja, terutama kawan-kawan saya kalau saya juga pernah berbuat demikian.

Yang berkata itu lebih diuji,
Maaf salah silap.
Tegurlah andai saya salah .

*Semoga Allah Redha ^_^

No comments:

Post a Comment