FlowerFall

Friday 4 July 2014

BERTAHAN ITU BUKAN MUDAH .

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG .
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD .

ALLAHU .

Sudah lama rasanya diri ini tidak mencoret sesuatu di blog tersayang. Sudah berhabuk, berdebu mungkin ?
Pada kesempatan ini, saya nak share sikit beberapa pendapat . Mungkin ilmu tak seberapa, tapi apa salahnya kita raikan pendapat masing-masing bukan!?

Saya diajukan beberapa soalan. Antara yang menarik untuk dibincangkan adalah, "BAGAIMANA UNTUK TERUS ISTIQAMAH DALAM BERIBADAT". Menarik bukan !?? Ya, dan saya pasti dan sangat pasti. Hakikatnya semua orang mengalami masalah atau perkara yang sama. Apabila kita sudah buat baik hari ini, bagaimana kita nak teruskan yang baik itu untuk esok hari.

Pendapat saya, first of all memang tidak lain dan tidak bukan adalah NIAT kita. Niatkan yang sebenar-benarnya "AKU NAK BUAT BAIK NI ADALAH KERANA ALLAH". InsyaAllah, yakinlah bahawa Allah sendiri yang akan permudahkan urusan kita untuk buat baik itu. Perkara baik, mustahil Allah tak bantu, tak gitu !?? :)

Seterusnya, bila dah niat betul, dah buat baik, macam mana pulak nak ISTIQAMAH ? BERTAHAN ? Masyaallah. Ini yang mungkin sedikit payah. Tapi, ingat! Kepayahan dan kesusahan kita bermujahadah itu, dilihat dan dinilai oleh Allah. So, the best thing yang kita boleh buat adalah SENTIASA MENCUBA. CUBA, CUBA dan TERUS MENCUBA untuk buat baik. Walaupun semalam kita dah buat baik, tiba-tiba hari ini kita tergelincir. Jangan pernah give up untuk terus CUBA semula buat baik itu esoknya. ALLAHU. Allah nilai setiap usaha kita. INGAT !
"ALLAH MENILAI SETIAP USAHA KITA, BUKAN HASILNYA"
Kerana apa ? Sebab Allah tahu, hambaNya selalu tergelincir. Dan, sebab itulah, pintu taubat terbuka setiap masa. Baik kan ALLAH ? SOoooooo SWEET ^_^

Then, bila kita dah cuba buat baik, cuba dan cuba, jangan lupa DOA pada Allah. Supaya apa ? Supaya Allah tetapkan hati kita agar sukakan kebaikan. Memang fitrah manusia itu sukakan kebaikan pun. Sesungguhnya Allah yang memegang setiap hati-hati manusia. Dan hanya Dialah yang mampu membolak-balikkan hati kita. Makanya, rajiin-rajinlah berdoa :
"Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, Tetapkanlah hatiku atas agamaMu, dan sentiasa taat kepadaMu, dan sentiasa berjihad di jalanMu"
InsyaAllah, hari-hari kita minta, pasti Allah perkenankan. AMIN.....

Selamat beramal ! ^_^

 

No comments:

Post a Comment