FlowerFall

Monday, 21 July 2014

Aku Sentiasa Di Sampingmu , Kawan :)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD.

ALLAHU.

Kawan-kawan sememangnya orang yang paling rapat dengan kita selepas ibu bapa. Especially bagi mereka-mereka yang menetap di asrama atau jauh dari keluarga. Ya. Peranan kawan-kawan itu penting. Penting untuk membahagiakan, penting unutk menceriakan, penting untuk memahamkan dan sebagainya lagi lah.

Sabtu baru-baru ni, Eyda n 2 orang kawan outing ke KBMall untuk shopping raya. KATANYA!! hehe. Kawan-kawan yang lain, semuanya balik rumah diorang sebab rumah diorang dekat. N maybe diorang pun nak shopping raya dengan family diorang. Kami faham.

Masuk ke KBMall, MasyaAllah. Ramai gila ! Al-maklum lah, minggu terakhir Ramadhan kan. Masing-masing nak beli baju raya, kasut raya. Butik-butik buat sale lah, diskaun lah. Macam-macam. N , kami bertiga pun shopping jugak lah macam orang lain jugak. Cuma, the sad part is we just shop with ourselves without mother n father. *Cewah, speaking! ;)

Alhamdulillah, kalau kami tak membeli pun, kami cuci mata. Tak seronok lah shopping tanpa parents. Serius, tak best langsung!! Allah. Sedih sangat.

Untung, ada kawan macam mereka, sentiasa menemani kemana sahaja kita pergi.

Mungkin,
Dengan pengalaman ini Allah mahu beri kita pengalaman dan peluang untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita punya. Setelah kita tidak punya apa-apa, baru kita sedar betapa pentingnya ibu bapa. :)

Selagi masih ada ibu bapa, BERSYUKURLAH :')

No comments:

Post a Comment