FlowerFall

Wednesday, 16 July 2014

Maafkan aku, sayang .

Bismillah.

Awak. Maafkan saya.

Pernah dengar cerita perkahwinan aturan keluarga ? Bagi saya, itu semua cliche. Selalu sangat ada dalam novel and bla bla bla.... Rekaan semata-mata semua tu. Sehinggalah ia jadi pada diri saya sendiri.

Awak. Maafkan saya.

Dulu kita pernah janji untuk setia dan hidup sama-sama kan!? Kita sama-sama janji untuk tunggu sama-sama. Tapi benarlah, kita merancang namun perancangan Allah itulah yang terbaik. Dan, jodoh itu rahsia Allah. Sayang mana pun kita, tapi kalau Allah takdirkan jodoh itu bukan milik kita, ia takkan jadi

Awak. Maafkan saya.

Saya tak tahu apa perasaan saya sekarang. Gembira ? Sedih ? I dont know.  Mungkin saya patut gembira sebab saya dah nak kahwin. Dan, mungkin saya juga perlu bersedih sebab orang yang saya nak kahwin itu bukan awak :'(

Awak. Maafkan saya.

Saya tahu. Mungkin awak marah dengan saya sebab saya lupa janji saya pada awak untuk tunggu awak. Awak, saya dah tunggu. Tapi apalah daya saya untuk melawan keputusan keluarga?

Awak. Maafkan saya.

Awak, walau kita tak dapat bersama, tapi akuilah yang awak pernah ada dalam hati saya yang sangat saya sayang. Terima kasih atas perkenalan kita, Allah dah aturkan yang terbaik. Terima kasih sebab selama ini awak sangat memahami saya. Terima kasih atas keikhlasan awak berkawan dengan saya. Terima kasih sebab awak selalu ada di samping saya ketika saya senang atau susah. Terima kasih atas semuanya.

Awak. Maafkan saya.

***Cerita di atas hanyalah rekaan semata-semata.
Senyum ;)

No comments:

Post a Comment