FlowerFall

Monday 14 July 2014

Maaf, Saya Kena Lakukannya Sekarang !



ALLAHU.

Lekanya kita.
Leka dengan cinta.
Cinta yang tidak pasti.
Yang akan membawa kita entah kemana.
Tapi,
Kau dan aku.
Tidak pedulikan semua.
Yang penting dunia kita.
Yang kita khayalkan bersama.

Nak dijadikan cerita.
Puan Hidayah datang menyapa.
Entah hati ini rasa bagaimana.
Terasa kosong tiba-tiba.
Baru ku sedar.
Betapa banyak salah dan dosa.
Yang telah aku lakukan di dunia.

Jujur.
Aku masih sayangkan kamu.
Aku masih inginkan kamu.
Tapi,
Teringat akan seksa neraka,
Aku cuba.
Cuba untuk lepaskan semua.
Yang bakal memberatkan timbangan dosa.

Aku tak mahu heret kau sama.
Lalu aku fikirkan pelbagai cara.
Untuk lupakan cinta dunia yang sementara.
Maaf aku terpaksa kata.
Aku harus lakukannya.
Mungkin ini masanya.
Pergi !!
Pergi kau jauh-jauh !!

Melihat wanita lain,
Masing-masing punya pacar sendiri.
Kadang hati bermonolog sendiri.
Apa benar keputusan ini?
Tapi aku tetap yakin dengan janji Ilahi.
Yang benar itu pasti,
Ia akan datang sendiri,
Suatu hari nanti.

Kini aku merasa tenang.
Dada terasa lapang.
Hidayah yang dulu hilang,
Kini telah kembali pulang.

***Semoga Allah Redha :')

No comments:

Post a Comment