FlowerFall

Sunday 3 March 2013

ADA APA DENGAN "KANAN" ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA !

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Ceritanya begini , semalam semasa saya sedang menonton TV channel Al- Hijrah (kebetulan tertekan 114) , sedang berlangsungnya KULIAH SOLAT ZUHUR (wah ! skema ayat . bangga cikgu BM saya :) ) . Hurm , anda nak tahu kenapa kita digesa supaya mengamalkan tangan KANAN ? Haaaa , ni lah yang saya nak cerita ni . I'm sure yang u olls mesti dah tau kan yang tangan kanan tu sunnah nabi kita :) . Absolutly ! Memang tangan KANAN tu sunnah nabi .
Ada satu cerita di mana ketika itu Nabi Muhammad S.A.W sedang makan . Di sebelah kanannya adalah seorang budak bernama Ibnu Abbas yang baru berumur 5 ke 6 tahun . Dan di sebelah kiri baginda pula ada Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar (kalau x salah la) , sahabat Baginda yang sangat hebat ! Lalu Baginda berkata kepada Ibnu Abbas , "Izinkan aku untuk memberi makanan kepada orang di sebelah kiri aku" *lebih kurang macam tu la . Lalu Ibnu Abbas mengizinkan sebab Rasulullah kot .Tiada apa yang tak boleh untuk Rasulullah kankan :) .
Nampak tak ? Betapa Nabi mendahulukan kanan berbanding kiri . Ada satu riwayat *tak ingat riwayat ape , mengatakan bahawa SYAITAN MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN KIRI MANAKALA KANAN ITU SUNNAH NABI . JADI SUNNAH MANA YANG KAMU INGIN IKUT ?
Tepuk dada tanya iman :)
Jadi , itulah sebabnya Islam sangat mengutamakan kanan , pakai kasut mula dari kaki kanan , makan dengan tangan kanan , memberi / menerima sesuatu dengan tangan kanan TAPI masuk toilet kaki kiri taw . sebab ? toilet tu kan tempat syaitan , so keluar toilet kaki kanan la ! :)
Ni je la ilmu yang saya dapat kongsikan hari ini . Maybe ada yang dah tau tapi kita ni kan manusia . manusia ni mudah lupa . Jadi tak salah kan kalau saya ingatkan :)
Baca tu baca jugak , jangan lupa amalkan ye !

No comments:

Post a Comment