FlowerFall

Monday 4 March 2013

Kerana "IKATAN" Itu :)


ASSALAMUALAIKUM semua :)
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :)

Kerana 'Ikatan' Itu . Ya . Kerana 'ikatan' itu saya masih berdiri . Kerana 'ikatan' itu saya masih kuat . Dan sungguh , kerana 'ikatan' itulah terjalinnya sebuah persahabatan . Ukhuwah :) , lebih baik lagi Ukhuwah Islamiyyah ! Minda berputar mengenang memori semalam . Indahnya ! . Hakikatnya pada saat ini sudah hampir 3 bulan kami berpisah , namun itulah orang cakap , apabila bersahabat kerana Allah , 'ikatan' itu akan kami jaga sebaik mungkin . Ya . Sahabat2 saya berada di merata-rata . Ada di selangor , johor , perak , kedah , pokoknya semua negeri ada termasuklah sabah yang jauh tu haa :) Namun , atas nama Ukhuuwah kami pertahankan hubungan persahabatan ini walaupun jauh di mata tapi dekat di hati :) 
*RINDU
Saya teringat satu ketika di mana waktu itu kami masing2 dilanda 'demam' SPM . Masing2 study dengan cara tersendiri . Saya akui , saya bukanlah setanding mereka , mereka sangat hebat . Saya juga tak tahu macam mana saya boleh dapat sekolah hebat macam tu . Terasa diri ni tak layak , tapi kawan2 selalu pesan pada saya , Allah dah atur yang terbik untuk diri kita :) Ok , sambung balik cerita tadi , satu hari tu saya demam panass sangat . Tapi betapa baiknya nak kata kawan kita ni , dia sanggup jaga saya demam sambil dia tengah study . FATIMAH DOLLAH . Ya , akan ku ingat nama tu sampai bilabila . Dia izinkan saya baring di katilnya supaya dia dapat jaga saya . Dia tuam dahi saya dengan air sejuk . Sambil2 tu dia study .
Malamnya , ahli2 dorm saya ( ehem , saya merupakan ketua dorm waktu itu , hehe ) ramai2 dah bersiap sedia berkumpul untuk membaca surah al-mulk sebelum tidur . Masing2 datang kepada saya dan bertanya keadaan saya yang demam waktu tu . Jujur , melihat keikhlasan mereka yang sangat caring , saya tersentuh . Saya tak pasti adakah saya akan dapat kawan2 macam korang kat U nanti ? Dan mujur , 'ikatan' yang kami bina selama 2 tahun sahaja takkan saya lupakan . Kalian kawan TERBAIKK la !!


2 comments:

  1. hye eida. ! =) amal nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh amal . thanx . lepas ni bole la follow blog ni .. eyda pon masih belajar :)

      Delete