FlowerFall

Wednesday 3 April 2013

Jangan Malu Jika Cita-cita Anda Ingin Menjadi CIKGU

ASSALAMUALAIKUM AWAK YANG COMEL :)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :)



Awak awak dah besar nanti nak jadi apa ?
Awak awak yang lepasan SPM ni nak sambung belajar mana ?

Soalan yang selalu kita dengar sama ada kita yang bertanya pada orang atau orang tanya pada kita :)

Masa kecil , mungkin jawapan yang selalu kita dengar ialah "saya nak jadi polis"-"saya nak jadi nurse" - "saya nak jadi cikgu" - "saya nak jadi bomba" - "saya nak jadi pelakon" dan sebagainya.

Tapi , bagi yang lepasan SPM ni dah lain dah . Antara jawapan mereka "Saya nak sambung medic . Nak jadi doktor . Gaji besar" - "saya nak jadi lawyer . Banyak duit dapat" - "saya nak jadi akauntan la. Walaupun sibuk tapi gaji dia tinggi. Boleh jadi orang kaya" - "saya nak jadi pilot la . Boleh merantau jalan-jalan  melancong . Gaji pon besar . Kayaaaa!"

"waktu SPM kene buat betul-betul *akaun ni . Kalau tak , tak dapat jadi akauntan"
*bio , chemyst and so on.

See !??
Betapa tinggi harapan dan cita-cita budak-budak sekarang . Dan nak buat SPM betul-betul sebab takut tak dapat apa yang diimpikan . Ya , sangat betul la apa yang dilakukan tu .Cuma , harus diingat bahawa SPM bukan jaminan . Niat perlu disertakan Kerana ALLAH :)

Para ibu bapa pun kadang-kadang mempengaruhi minda si anak . Suruh si anak jadi itu , ini sebab gaji besar . Nanti boleh jadi orang kaya . Tapi , why not si ibu dan bapa cakap begini pada anak mereka : "Kakak , kakak jadilah doktor . Nanti boleh tolong orang sakit . Dapat pahala"

-tepuk dada , tanya diri sendiri :)

 GURU-CIKGU-TEACHER-MU'ALLIM-MURABBI



"Eyda , awak nak jadi apa?"....."Eyda nak jadi cikgu"......"Cikgu je ??? Kenapa tak cita-cita lebih tinggi?"

KENAPA !?? Cikgu tu cita-cita rendah ke ? Tidak sama sekali !
Saya nak tanya awak awak yang dapat 11A , 10A , 9A ni.. Awak belajar sendiri ke sampai awak jadi pandai ? Tidak kan . Awak memerlukan seorang guru untuk awak memahami pelajaran tu kan .Eyda ada meluahkan rasa sedih pada beberapa orang kawan yang sanggup mendengar . Kata-kata mereka membuatkan Eyda rasa terharu . Dan ini antara jawapan mereka :

SATU

" Eyda, jangan mcm tuhh. Sape ckp yang jadi cekgu tu cita2 rendah. Takdelahh. Kita pun belajar all things mostly form teachers, right. So, saya rase kalau jadik cekgu lah yang paling mulia. Bnyk pahala yang insyaAllah Eyda dpt. Cthnya, klau Eyda ckp kat dorang yang buat baik kat mak abah dapat pahala, then dorang behave like wht you said, Eyda dah dapat pahala, tau x? Klau tht student amal smpai ke tua, takke pahala Eyda tu banyakkkkkkkkkkk sangat??Mungkin kalau yang jadi doktor, engineer, archi, lawyer, pharma, accountant, economist tu banyakkkk sgt dosa. Mungkin. "

DUA

" tak tak.pahalaaa cikgu berterusan. die ajar anak murid die dan mungkin anak murid die pulak ajar dan ajar dan ajar..so,,ilmu tu bersebaran. putus amalan ank adam bila nyawa ditarik kcuali 3 perkara :
sedekah dan amal jariah,,ilmu yg bermanfaat dan doa anak yg soleh :) "

TIGA

" Ada sebuah kisah .... Nabi dan para sahabat berjuang mati-matian untuk menyebar kalimahNya . Mereka dicerca , dihina malah ada yang diseksa . Ada sirah aabila Nabi dibaling batu sehingga berkocaknya darah dalam sepatu baginda . Bilamana ketika perang Uhud , tertusuk besi di pipi Baginda . ALLAHUAKBAR . Kerana apa ? Ya , hanya kerana Baginda seorang mu'allim(guru) . Mu'allim buat ummah . Jadi apa yang nak diragukan jika ada yang bercita-cita menjadi seperti Baginda ? Berbanggalah dengan dirimu yang punya impian menjadi seorang mu'allim . sedangkan Nabi bersabda - hampir2 seorang guru itu menjadi rasul . Senyumlah dan katakan pada dunia - "AKU INGIN MENJADI MUALLIM! "

Jadi , menjadi seorang cikgu @ guru itu bukanlah cita-cita yang rendah . Gaji ? Pahala lagi banyak :) Masa pun lebih terluang dengan family . Tak la sesibuk mana kecuali examweek student la . So , siapa2 yang memang nak jadi cikgu , teruskan sahaja niat anda :)
Buat apa yang kita minat , bukan apa yang kita kena jadi .

*maaf kalau ada salah silap bicara :)

No comments:

Post a Comment