FlowerFall

Thursday, 11 April 2013

Terima Kasih Acik JPJ :))

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG .

Fuh ! Lega . Sebab Eyda dah lulus test JPJ tadi . ALHAMDULILLAH wa syukurillah .
Harini hari Khamis , bermakna hari bekerja . Eyda buat test di Akademi Memandu Sistematik , jalan nak pergi ke Kuantan tu . Bukan nak test shj Eyda buat kat sana , buat lesen L pun di sana .

Test JPJ tadi bermula dengan  ujian bukit . Tayar depan wajib kena 'line' kuning tu . *ceh , macam pakcik JPJ tgh bagi arahan :) . Pakcik JPJ yang test kami tadi saaaaangat baik . Beliau bagi kami 2 kali percubaan sebab katanya memang kalau boleh nak bagi kami semua lulus dengan jayanya . *cewah , ayat tak boleh bla . Alhamdulillah , dengan sekali percubaan saje Eyda da lepas ujian bukit . Dah lepas satu ujian . ACT , ujian bukit adalah ujian yang paling kami takut sebab probablity kereta untuk terundur sangat tinggi kalau minyak dan 'clutch' tak 'balance' . Mujur la lepas . Thank to ALLAH kerana telah permudahkan urusan .

After buat test bukit , kami perlu buat test parking yang mana Eyda paling suka . Sebab its so easy . Rasa macam main-main je . Pakcik JPJ tu pun bukan tengok sangat . Sebab dia manusia yang cuma ada sepasang mata tapi perlu melihat 2 buah kereta sekaligus . Fulamak ! hehe . And also Alhamdulillah , Eyda pass untuk parking .

Lepas tandatangan borang and ambil borang test jalan raya , debaran kian terasa . *ceh , macam ape je dah . Mengikut borang yang ada pada Eyda , laluan B yang harus Eyda gunakan nanti . Apabila turn Eyda dah sampai , memang seram sejuk . Masuk je kereta , aircond power . Bertambah sejuk la temperature Eyda . Eyda dapat JPJ perempuan . Muka agak garang la but she is OK . Bila eyda dah start jalan , tiba-tiba je makcik JPJ tu suruh Eyda tukar jalan . Eyda disuruh ikut laluan A . MasyaALLAH , dalam kepala Eyda dah set jalan B tapi tiba-tiba kena tukar jalan A . Memang ALLAH nak uji sungguh . Kepala memang dah serabut , ayat Qursi dan surah Taha menjadi peneman .

And  finally Alhamdulillah . Even Eyda dapat cukup-cukup makan (16/20) but Eyda still lulus la . Dapat pulang dengan senyuman . hihi . Of course la Eyda nak sangat lulus sebab kalau tak lulus , kena test semula . Test semula bukannya free . Ayah Eyda yang tanggung semua kos lesen Eyda , jadi memang mengharap sangat lulus . Mujur , ALLAH mengetahui kemampuan setiap makhluk-Nya .

Thank to ALLAH , ayah , uncle yang ajar drive , akak-akak and abang-abang yang bagi talk and also makcik dan pakcik JPJ yang baik hati menge'test' kami :)

FUH !

ALHAMDULILLAH :)

3 comments:

  1. Pergh! Terbaik..Alhamdulilllah.
    Lulus dah dia~ Lepas ni doakan hainil pulak ye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowow ! cik hainil terus komen kot..hehe..
      insyaAllah bole punye..kalau bukit dgn parking tu mudah je kot..cuma jalanraya jela kene hati-hati sikit.. chaiyok2..doa banyak smoga dpermudahkan urusan..bila test nye ?

      Delete
  2. Eydaaaaaaa!
    Nanti dtg kl bwk kite jenjalan eh?
    Eheh, bwk 'geng' kite :)

    ReplyDelete