FlowerFall

Saturday 13 April 2013

THE SECRET BETWEN YOU AND ALLAH :)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH :))

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)



Siapa kat sini ada rahsia sila cakap "YA" dalam hati ! hehe . Saya percaya dan yakin , semua orang ada rahsia mereka masing-masing , sama ada telah dikongsi dengan teman rapat mahupun terkunci kemas di dalam hati . Err , tapi kalau dah share dengan orang lain , masih dinamakan rahsia ke ? Eyda pun tak tahu . hihi .

Actually , semua orang ada rahsia mereka masing-masing even mereka kata "aku takde rahsia la , semua aku cerita aje kat orang" . Tapi , sedarkah kita bahawa ada satu perkara yang menjadi rahsia dan wajib dirahsiakan daripada pengetahuan siapa pun . Ia adalah AURAT . Ya . Aurat kita adalah rahsia kita . Dan ia adalah rahsia kita dengan ALLAH sahaja . Rasanya tidak perlu kot nak cerita pada orang lain . Bukan sahaja cerita , malahan tayangkan / tunjukkan pun tidak perlu . Eh , bukan tidak perlu , tapi HARAM :)





Eyda rasa terpanggil untuk menulis tentang ini kerana siang tadi terjumpa ramai yang berpakaian tetapi menutup aurat itu masih belum sempurna . Mungkin akan datang ALLAH akan beri hidayah pada mereka .

Ceritanya begini , *cewah , macam ape je dah . hihi . Siang tadi mata saya tertangkapa pada jasad seorang akak ni . Pakaian dia bermula dari bawah : SANDAL , LEGGING , T-SHIRT ,TUDUNG . Dapat bayangkan tak bagaimana situasi itu ?Bagi pendapat anda  adakah sesuai seorang wanita Islam berpakaian seperti itu ? Bagi saya , mereka-mereka yang berpakaian seperti itu bukan sahaja telah mengaibkan diri sendiri , malah telah mengaibkan semua wanita yang bertudung sempurna .

Eyda ada bertanya seorang kawan and he is a man . Eyda tanya pendapat dia tentang perempuan yang berpakaian seperti itu . Dan sungguh  lelaki mana-mana pun tidak suka perempuan berpakaian macam tu . Tidak selera katanya :D . haha . See ?

Apa yang awak nak tunjuk bila berpakaian macam tu ? Itu rahsia kita . It is our secret ! Itu maruah kita yang kita wajib jaga . Nanti jangan nak salahkan orang lelaki yang mata keranjang apabila pandang awak atas bawah lain macam aje . Kan elok kalau kita pakai pakaian yang sejuk mata memandang . Makcik-makcik pun berebut nak ambil jadi menantu . :) heeee



Ingat ye , aurat itu rahsia kita . It is a secret ! Jangan biarkan lelaki / wanita ajnabi melihatnya dulu sebelum suami/isteri dapat melihatnya . Tak seronok la macam tu . :)

Eyda tulis entri ini tidak bermakna Eyda sempurna . Mungkin diri ini juga masih banyak kelemahan . Jika ada nampak saya di mana-mana , please tegur . OK !

Jaga diri | salam sayang ,
khaledasyazwani <3


No comments:

Post a Comment