FlowerFall

Tuesday 14 May 2013

Temuduga Institut Perguruan :)

ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA :)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG .

ALHAMDULILLAH . Bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan untuk bernafas hari ini :)
Lame kot Eyda tak update blog yang dah lame bersarang . Agaknye labah-labah pon dah buat sarang kat blog ni . Habuk-habuk pun bertebaran kodd ! HAHA .

OK , memandangkan harini Eyda baru aje selesai sesi temuduga di IPG . IPG tu ape ? Ok , IPG ni Institut Pendidikan Guru . Dulu lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan . Kiranya , siapa nak jadi cikgu , sila la apply ye :)

Eyda nak share sikit la pengalaman menghadiri temuduga guru ni . Tapi , sebelum nak apply , tanye diri sendiri : "Betul ke aku nak jadi cikgu ?" - "Aku minat bidang pendidikan ke?" atau pun ibu bapa yang paksa . Pada pendapat Eyda sendiri , semuanya berbalik pada minat kita . Kalau kita berminat pada sesuatu , tentu kita akan buat dengan sungguh2 , seronok dan tak rasa terpaksa . Betul tak ? Jadi , kalau minat , cepat2 apply . Bagi yang parents suruh , why not kita slow talk dengan mereka , ape minat kita . Dan kita cuba buktikan pada mereka yang minat kita mampu buat kita berjaya :) . OK ?

Ok , now Eyda nak story sikit la tentang interview tadi . First , calon temuduga perlu menghadiri satu ujian bertulis . INSAK . Atau nama penuh dia Inventori Sahsiah Keguruan . Ujian ni nak tengok sejauh mana minat dan pendapat kita as a teacher :) . Tapi soalan tersebut adalah soalan terbuka . Tiada istilah jawapan salah atau jawapan betul . Pendapat sahaja . Adalah lebih baik calon2 datang awal sebelum masa ujian dijalankan . Ini dapat memudahkan urusan pihak penemuduga . Lagi satu , pihak penemuduga dapat nialai kita ni jenis orang yang macam mana . Tepati masa atau sebaliknya :)

Kemudian , calon temuduga akan menghadiri sesi temuduga depends pada masa yang ditetapkan masing2 . Kalau dalam surat cakap pukul 12 , datang awal sikit . Jangan buat pihak penemuduga menyampah dengan sikap kita yang tak alert . Sesi temuduga ada 3 slot . Dalam bilik temuduga , slot pertama adalah kita diminta untuk memperkenalkan diri . Calon boleh la cerita macam2 pada waktu ini bermula nama , tempat tinggal , sekolah and what so ever la . Selesai slot pertama , calon ditayangkan satu video yang menunjukkan isu semasa / masalah zaman sekarang . Jadi , calon perlu berbincang dan suarakan pendapat dalam kumpulan . Tunjukkan keyakinan diri dan suara yang jelas . Akhir sekali , calon akan ditanya soalan yang berkaitan dengan kursus yg dipohon . :)

Rasanya ni je kod yang Eyda nak share . Cuma , prinsip Eyda 1 . Memang Eyda sangat berminat dalam bidang pendidikan , namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan dan Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita . Kan !?

Yang penting , DOA+USAHA+TAWAKAL :)

salamsayang <3

No comments:

Post a Comment