FlowerFall

Tuesday 30 July 2013

DIA lebih tahu .

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH .

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG :)

Alhamdulillah . Syukur . Masih diberi peluang hidup dan bernafas lagi .
Memandangkan sekarang tengah HOT pasal semakan U , matriks , MARA , JPA n whatsoever .
Kita story pasal tu nak !?

Eyda nak share . Takde niat berlagak @ seangkatan dengannya .
OK , now Eyda dapat tawaran perakaunan ke Matrikulasi Kelantan *penempatan sementara di selangor .
Untuk UPU , Alhamdulillah , rezeki di Universiti Malaya Kampus Nilam Puri Kelantan .

Habis 1 bab .

Now , I've to choose antara dua tu . Ya ALLAH ! Aku buntu . Seriously buntu . Tak tahu nak kemana . Tanya orang ni , pendapat dia macam ni . Tanya orang tu , pendapat dia macam tu . Eyda pening . Sumpah pening . Pening memikirkan mana hala tuju yang terbaik .

" Eyda , buat istikharah . Mohon petunjuk Dia . InsyaAllah Dia tolong "

Malam first , Eyda cuba . Cuba macam kawan2 suggest . Malam tu masih takde petunjuk . BUNTU LAGI . Macam mana ni ? Matriks daftar 27 Mei . UM daftar 26 Mei . Eyda cuma ada mase kurang seminggu untuk mintak petunjuk lagi . Tapi , Eyda bukan alim ulama' , istikharah sekali terus dapat petunjuk . I'm just ordinary person yang iman turun naik . Mustahil nak dapat petunjuk dalam masa terdekat ni .

Eyda try malam kedua . Masih sama . Ya ALLAH . Tolong la Eyda . Parents dah desak Eyda untuk Eyda buat pilihan . Eyda tak tahu apa nak jawab pada diorang . Eyda nangis . Eyda ajak jiran a.k.a BFF lepak taman belakang rumah . Eyda luah pada dia . Tapi dia sendiri tak tahu . Takpe . At least Eyda lega sebab dah luah pada dia .

Finally , kita berserah aje . Mana2 Allah letak , mungkin di situ adalah tempat terbaik untuk kita :)

No comments:

Post a Comment