FlowerFall

Friday 1 November 2013

Lajunya Awak Lari , Ohoi , MASA !

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang .
Allahumma solli 'ala Muhammad .

Pejam , celik , pejam , celik . . .
Makk ! Dah nak final exam . Yang ni hanya untuk IPGM sahaja ye . Yelaa kan , U , Matriks , Asasi , POLI dan yang lain2 semua dah ataupun sedang exam . IPGM sahaja yang baru nak start enjin mood exam ni . hehe . Maklum la , ikut macam sekolah la katakan . ;)

Ni pun dah rasa macam sekejap sangat . Rasa macam baru je daftar , masuk asrama , belajar dalam kelas , presentation , and so on . TupTup dah nak final exam . Cepat betul awak berjalan kan Encik Masa . Awak berjalan ke, berlari ni ? Ehh !

Kat IPGM ni , student baru PPISMP sem1 start exam on 6th of Nov . Sama macam SPM . Ohhoi , rasa macam nak SPM la pulakk . ekekekkek. Tetiba teringat masa nak SPM dulu . Study punya laaa , nak gear 5 dah . Wadduh ! Musim2 exam ni , selalunya ramai la dekat musolla , taqarrub dengan ALLAH . Dulu , senior dan kawan-kawan selalu pesan - "Jangan masa exam je kamu dekat dgn DIA . Tuhan tu bukan ada time exam aje . Setiap masa" -

Sumpah , masih teringat lagi kata-kata tu . Dan , ya . Memang betul pun . Manusia ni *termasuk la Eyda sendiri , kalau time susah la baru nak dekat dengan Allah , nak buat ibadat banyak-banyak . Macam Allah tu ada waktu exam aje , sedangkan DIA ada setiap waktu dan ketika . Ya , memang itu la fitrah manusia yang mana apabila ditimpa sesuatu musibah atau ujian atau dugaan , mereka akan kembali kepada pencipta mereka . Mengadu .

Mengadu . Ya , Allah suka dengar aduan hambaNya , Allah suka dengar rintihan hambaNya , Allah suka pada hambaNya yang banyak meminta . Lagi banyak kita mengadu pada DIA , lagi banyak kita minta pada DIA , lagi DIA sayang pada kita . Berbeza dengan orang yang sombong lagi angkuh , yang langsung tidak pernah meminta . Yang mana dia rasakan sudah cukup dan sempurna kehidupan dia . Nauzubillah .


* Ya ALLAH , ampuni kami . Terimalah taubat kami . Sesungguhnya kami ini dari kalangan yang menzalimi diri sendiri .


No comments:

Post a Comment